Jom Nikmati Dim Sum Halal Yang Dijamin Berbaloi & Sedap Di 5 Restoran Di Lembah Klang Ini!
Dapatkan dim sum murah dan asli di kawasan Lembah Klang ini. Sesuai dikongsi beramai-ramai!
Dim sum yang bermaksud hidangan-hidangan kecil, sering dimakan sambil meminum teh ataupun dikenali sebagai yum cha.
Image via D'Kebun Dim Sum / Facebook
Image via Mohd Chan / Facebook
Apa yang menarik tentang sesi yum cha diikuti bersama dim sum ialah, ia dilakukan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Oleh itu, jika anda sedang menikmati dim sum bersama mereka yang tersayang, ketepikan telefon pintar anda kerana inilah masanya untuk berborak sepuas hati.
Memang tidak boleh dinafikan yang kita ketandusan pilihan dim sum yang dijamin berbaloi.
Dapatkan 5 restoran dim sum yang wajib dicuba di bawah:
1. My Dim Sum @ Setapak Central
Image via @syazwani891 (Instagram)
Image via @my_dim_sum (Instagram)
Image via @nabellaanuar (Instagram)
My Dim Sum patut menjadi pilihan anda kerana restoran ini menawarkan dim sum gaya Hong Kong seperti Siew Mai dan Xiao Long Bao gaya Shanghai. Bukan itu sahaja, di My Dim Sum juga anda boleh mendapatkan Fragrant Musang King Bun.
Harga dim sum yang dijual bermula dari RM6.90 hingga RM13.90. Memang murah dan sesuai untuk anda yang ingin melepak bersama rakan-rakan tetapi ingin menjimatkan duit.
Alamat: My Dim Sum, Setapak Central Mall, 67, Jalan Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +6012-679 7783
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
2. Luk Yu Tea House @ Starhill Gallery
Image via @anwar_jonralf (Instagram)
Image via @bestofmalaysianfood (Instagram)
Image via @salizayeap (Instagram)
Terletak di Starhill Gallery, menikmati dim sum di Luk Yu Tea House ibarat menjamu selera di hotel 5 bintang. Harga dim sum di Luk Yu Tea House bermula dari RM10 tetapi dijamin berbaloi kerana suasana restoran yang cantik, layanan yang baik dan makanan yang sangat lazat.
Duduk sahaja di restoran ini, anda akan dihidangkan teh istimewa mereka iaitu Lily Jasmine Tea. Di sini juga terdapat beraneka jenis dim sum tetapi antara yang wajib dicuba ialah Steamed Crystal Prawn Dumpling ‘Har Kau’ dan Pumpkin Sesame Balls With Lotus Paste.
Alamat: Luk Yu Tea House, 181, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
12.00 tengah hari - 10.00 malam (Isnin hingga Sabtu)
10.00 pagi - 11.00 malam (Ahad dan cuti umum)
No. Telefon: +603-2782 3850
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
3. Let's Dim Sum @ Kota Damansara
Image via @periodic.food (Instagram)
Image via @letsdimsum.my (Instagram)
Image via @shahrazadariffin (Instagram)
Jika anda ingin menikmati dim sum yang murah bersama kaum keluarga atau rakan-rakan yang ramai, Let's Dim Sum patut menjadi pilihan anda. Ini kerana restorannya yang luas dan harga dim sum yang murah bermula dari RM7.90 hingga RM9.90.
Di Let's Dim Sum juga terdapat set menu dim sum seperti Pau Platter (RM20), Family Platter (RM25) dan Deep Fried Platter (RM30) yang sesuai untuk dikongsi. Siap dihidangkan dalam kapal layar lagi tau!
Alamat: Let's Dim Sum, Ground Floor, No 43, E, Pusat Perdagangan, Jalan PJU 5/20, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya.
Waktu Operasi:
11.30 pagi - 11.00 malam (Selasa hingga Jumaat)
9.00 pagi - 11.00 malam (Sabtu dan Ahad)
Tutup setiap hari Isnin.
No. Telefon: +03-6150 6659
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
4. Mohd Chan Dim Sum @ Sunway GEO Avenue
Image via @priddytigress (Instagram)
Image via @ezuanzulkifly (Instagram)
Image via Yana Wahab / Facebook
Setelah penat membeli-belah di Sunway GEO Avenue, apa kata berehat sebentar di Mohd Chan Dim Sum? Memang best kalau dapat berehat dengan teh panas dan dim sum. Walaupun restorannya agak kecil, Mohd Chan menawarkan 30 jenis dim sum yang berbeza!
Di Sunway Geo juga terdapat menu ala carte seperti BBQ Chicken Curry Noodle, Classic Butter Prawn dan juga Tom Yum Seafood Fire Pot. Dengan menu yang pelbagai, Mohd Chan Dim Sum pasti akan memuaskan perut anda yang lapar.
Alamat: Mohd Chan Dim Sum, A-01-01, Sunway Geo Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +603-5612 9939
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
5. Lai Po Heen @ Mandarin Oriental Hotel
Image via @martinwongg (Instagram)
Image via @martinwongg (Instagram)
Image via @juliavanderdrift (Instagram)
Untuk menikmati dim sum pada upacara istimewa, anda bolehlah mengunjungi Lai Po Heen yang terletak di Hotel Mandarin Oriental. Di restoran ini, anda boleh menyaksikan cef-cef pakar menyediakan hidangan-hidangan di ruangan dapur terbuka mereka.
Antara menu yang wajib dicuba ialah Signature "D24" Durian Pancakes (RM38) dan Almond Prawn (RM15). Walaupun agak mahal berbanding restoran-restoran dim sum yang lain, Lai Po Heen ternyata sangat berbaloi kerana setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti ibarat bersantap di istana.
Alamat: Lai Po Heen, Mandarin Oriental, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
12.00 tengah hari - 2.30 petang, 7.00 petang - 10.30 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +03-2179 8885
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Peminat tegar makanan Cina wajib check out restoran-restoran ini:
Tak pernah cuba makanan tradisi Cina 'bak kwa' yang halal? Ini peluang anda:
Untuk anda yang teringin nak mencuba masakan Cina di rumah, lihat resipi-resipi ini:
Leave a comment