makan

Ingin Rasa Hidangan Tradisi 'Bak Kwa' Cina? Dapatkan Versi Halal Di 5 Tempat Ini!

Sekarang anda dah tak perlu was-was.

Cover image via Nathaniel Ong | Lolili's Delights

Bak kwa, ataupun dikenali sebagai dendeng dan daging salai dalam Bahasa Melayu, sering dimakan sewaktu Tahun Baru Cina. Walau bagaimanapun, bak kwa selalunya diperbuat dari daging khinzir dan mengandungi alkohol.

Tahukah anda bahawa terdapat bak kwa halal yang dijual secara online pada harga yang berpatutan?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Nathaniel Ong / Facebook

Namun begitu, kini anda boleh menikmati bak kwa daging atau ayam yang lazat dan dijamin halal:

1. Lolili's Delights Halal Traditional Chinese Food and Bak Changs

Lolili's merupakan perniagaan di rumah yang diusahakan oleh sepasang suami isteri Cina Muslim bernama Ah Lo Lo dan Ah Li Li.

Walaupun perniagaan mereka agak kecil, Lolili's Delights menawarkan beraneka jenis makanan tradisi Cina selain dari bak kwa daging dan ayam. Mereka juga menjual beberapa lagi jenis makanan tradisional cina seperti lup cheong ayam, kee chang dan juga bak chor.

Bak kwa daging dan ayam juga dijual pada harga yang sangat berpatutan iaitu dari RM25 (250 gram) hingga RM120 (1 kilogram). Memang berbaloi! Anda patut cuba jika teringin untuk merasa sajian tradisional kaum Cina.

Dapatkan maklumat lanjut tentang Lolili's Delights di sini: Facebook

2. Ikhwan Ng's Halal Delight

Ikwan Ng Halal Delight diusahakan oleh seorang Cina Mualaf bernama Ikhwan yang telah memeluk Islam sewaktu berumur 23 tahun.

Menurut Ikhwan, perniagaannya bermula kerana terdapat banyak permintaan bak kwa yang halal. Kini, perniagaannya berkembang maju dan bak kwa sedia untuk dinikmati oleh orang Islam tanpa mengkhuatiri tentang status halalnya. 

Bak kwa yang dijual terbukti sangat istimewa kerana terdapat pelbagai perisa seperti manis madu asli, kari hijau dan lada hitam. Apa yang lagi istimewa ialah, bak kwanya dibuat tanpa pengawet. Pada harga RM40 hingga RM45 untuk 500 gram, anda boleh menikmati bak kwa sepanjang tahun!

Dapatkan maklumat lanjut tentang Ikwan Ng's Halal Delight di sini: Facebook 

3. Dendeng Station

Walaupun terletak di Johor Bahru, Dendeng Station tetap mengambil tempahan dan melakukan servis penghantaran ke seluruh Malaysia. Perniagaan ini mula beroperasi pada tahun 1999 di pasar malam dan pasar tani. Lama kelamaan, Dendeng Station membuka kedai pertama di Larkin Sentral.

Dendeng Station juga hanya menggunakan daging dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi.

Harga bak kwa yang dijual juga sangat murah, bermula dari RM12 (120 gram) hingga RM75 (1 kilogram). Terbukti sangat berbaloi! Dendeng Station juga menjual bak kwa beku untuk anda yang ingin menyimpannya untuk jangka masa yang lebih lama.

Dapatkan maklumat yang lanjut tentang Dendeng Station di sini: Facebook

4. Little Apple

Untuk bak kwa yang unik, cubalah bak kwa Honey BBQ ayam ini yang dijual oleh Huda Chew, dan hanya boleh didapati di Shopee.

Selain itu, bak kwa ayam ini tidak mempunyai pewarna dan dijamin halal.
Untuk 500 gram, anda boleh mendapatkan bak kwa hanya pada RM50.

Dapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang Little Apple di sini: Shopee

5. Restoran Norazlina Chong

Restoran ini terkenal dengan hidangan itik panggang tetapi tahukah anda, restoran ini juga menjual bak kwa daging yang halal!

Walau bagaimanapun, bak kwa dijual mengikut musim seperti bulan Ramadhan. Namun begitu, anda sentiasa boleh membuat tempahan secara online!

Bak kwa dari Restoran Norazlina Chong bermula dari RM25 (250 gram) sehingga RM88 (1 kilogram). Bukan sahaja murah, malah dijamin halal. Memang wajib dicuba!

Dapatkan maklumat lanjut tentang Restoran Norazlina Chong di sini: Facebook

Jom kita lihat reaksi orang Melayu mencuba bak kwa halal buat kali pertama:

Peminat tegar masakan Cina? Check out restoran-restoran halal ini di bawah:

Try juga resipi-resipi masakan Cina ini di rumah:

You may be interested in: