"Halal Ke?" - Check 9 Tempat Makan Halal Di Penang Untuk 'Kaki Makan'. Tak Perlu Ragu Dah
Makan sepuas-puasnya. Penang memang da bomb!
Penang memang syurga makanan!
Macam-macam jenis makanan anda boleh jumpa di sana. Memang tak sah kalau pergi Penang tanpa food hunting!
Image via Just Globetrotting
Memang sedap dan puas hati walaupun terpaksa beratur panjang di bawah cuaca panas dengan ribuan manusia yang turut berkunjung ke tempat yang sama.
Struggle tapi berbaloi.
Namun, jika anda ingin ke tempat yang memang confirm halal, boleh lihat senarai di bawah:
1. Restoran Kapitan
Image via cloudfront.net
Restoran ini dibuka 24 jam dan menu paling popular adalah Nasi Kandar. Ada juga pilihan lain seperti Mee Goreng dan Roti Canai.
Biasanya pengunjung yang datang akan mencuba menu special mereka iaitu Claypot Briyani yang dihidangkan dengan pelbagai pilihan bermula dari ayam, daging dan mutton. Tandoori ayam bersama roti naan pun ada, memang sedap.
Cubalah sendiri. Mesti meleleh air liur!
Alamat: 93, Lebuh Chulia, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.
Image via SAJI.MY
Image via SAJI.MY
2. Nasi Kandar Beratur
Image via Instagram @seeds.el
Bila bercakap tentang Nasi Kandar Beratur mesti ramai tahu tempat ini memang tak pernah tak ramai. Tak kisahlah datang pukul berapa sekali pun, line masih panjang. Buat yang masih belum pernah cuba, WAJIB!
Paling sedap jika anda pilih lauk ayam goreng berempah bersama sayur bendi, sotong besar dengan campuran kuah kari yang sungguh berempah. Fuh, layan.
Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, 10300 George Town, Penang.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari. 10am-10pm.
Image via Instagram @calvin_oky
Image via Instagram @mentoramribrilliant
3. Mee Sotong Special Hameed Pata
Image via EAT OUT with SAM
Kalau ke Penang, jangan sesekali lupa untuk singgah makan Mee Sotong Hameed Pata. Hidangan ini merupakan antara makanan istimewa yang hanya terdapat di Penang. Biasanya sinonim dengan Nasi Kandar.
Antara menu yang popular di sini adalah Mee Rebus Sotong dan Mee Goreng Sotong. Sepinggan Mee Sotong ini digoreng berempah bersama taugeh, ubi kentang, dan telur yang dihidangkan bersama sambal sotong dan hirisan limau yang diperah untuk menambahkan lagi rasa.
Ummmph! Cubalah sendiri.
Alamat: Hameed ‘Pata’ Mee Sotong. 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200, Georgetown, Penang.
Waktu operasi: 11:30am – 8:00pm (Isnin-Sabtu). Tutup setiap hari Ahad.
Image via Bikesrepublic.com
4. Sup Hameed
Image via Instagram @linisgod
Nak pekena sup terkenal di Penang iaitu Sup Hameed?
Inilah masanya. Jika anda ke Penang, boleh singgah ke kedai sup ini, memang puas hati. Boleh order menu yang biasanya dipesan oleh orang ramai iaitu sup ayam, sup daging, sup lidah atau sup perut.
Semua jenis menu sup akan dihidangkan dengan roti benggali, baru perfect!
Alamat: 48, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 24 jam.
Image via CikLilyPutih
Image via Jom Jalan
5. Roti Canai Transfer Road
Image via Penang Brotherhood / Facebook
Tempat ini memang wajib diterjah!
Roti Canai dan Roti Goyang Transfer Road, memang popular sangat. Menu yang wajib cuba tentulah roti canai dan roti telur goyang. Untuk roti canai, anda boleh pesan roti telur atau roti canai biasa untuk dimakan bersama kari ayam, kari kambing, kari ikan dan sebagainya.
Selalunya menu ini dimakan secara banjir, baru layan. Kalau anda ingin cuba roti bakar telur goyang pun boleh, tapi kalau order satu memang tak cukup.
Alamat: 56 Jalan Transfer, Pulau Pinang, Malaysia.
Waktu operasi: 6.30am - 1pm & 3.30pm - 7pm.
Image via Penang Brotherhood / Facebook
Image via Limkitsiang
6. Mee Goreng Bangkok Lane
Image via Instagram @inkidloke
Bagi yang masih belum pernah mencuba Mee Goreng Bangkok Lane ini, ianya terletak di dalam sebuah kedai kopi yang dipanggil Seng Lee Coffeeshop. Menu yang popular di sini pula mestilah Mee Goreng Mamak Style digoreng oleh dua orang mamak yang merupakan ayah dan anak.
Memang legend!
Siapa yang tak kenal mereka mungkin belum pernah baca tentang kisah mereka sebelum ini. Dynamic duo lah katakan. Yang penting, Mee Goreng Mamak mereka memang sedap.
Alamat: Seng Lee Coffeeshop, 280, Jalan Burma, 10350 George Town, Penang.
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad; 8.30am-6.30pm (Tutup setiap Isnin).
Image via Instagram @shaifulazrinzakaria
7. Penang Road Famous Teochew Chendul
Image via Instagram @dhaniculinary
Siapa yang tak sukakan Cendol bukan?
Penang Road Famous Teochew Chendul adalah salah satu gerai cendol yang paling popular di Keng Kwee Street berdekatan dengan simpang Penang Road. Gerai cendol ini mendapat daya tarikan yang agak tinggi dengan hidangan cendol sedap tambah pula dengan servis yang cepat dan memuaskan.
Beratur panjang mana pun tak terasa. Terbaik!
Alamat: 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, 10100 George Town, Penang.
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat: 10.30am - 7pm. Sabtu dan Ahad: 10am - 7.30pm.
Image via Entree Kibbles
8. Restoran Nasi Padang Minang
Image via Instagram @shamshamsul
Selain daripada Nasi Kandar, anda juga boleh mencuba Nasi Padang Minang yang menyediakan menu dari gaya masakan yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Masakan Minang berasaskan cili padi namun tidak terlalu pedas jika anda merupakan penggemar makanan pedas.
Mereka menyediakan makanan tengah hari dengan pelbagai jenis lauk dengan harga yang berpatutan. Boleh berkunjung ke restoran ini jika anda ingin mencuba.
Memang takkan menyesal.
Alamat: 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.
Waktu operasi: 11:00am – 3:00pm.
Image via Hungry Onion
Image via Homestay MY
9. Nasi 7 Benua di Koo Boo Cafe
Image via Cari.com
Bagi yang masih belum tahu, Nasi 7 Benua ini mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu hidangan ini menawarkan tujuh jenis nasi bersaiz kecil.
Ada nasi putih, nasi tomato, nasi kacang tanah, nasi pandan, nasi lemuni (herba wangi), nasi minyak mentah dan nasi hujan panas yang disusun rapi dalam pinggan sebelum dihidangkan.
Untuk lauk pula, anda boleh pilih sendiri mengikut citarasa masing-masing. Paling sedap bila dimakan dengan lauk gulai ikan, ayam goreng, sambal kentang, daging, ulam-ulaman dan banyak lagi.
Alamat: Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe. Taman Tunas Muda, Bayan Lepas Pulau Pinang.
Waktu operasi: 11am - 11pm, setiap hari kecuali hari Ahad.
Image via Instagram @izzatierazali
Penang jom? :D
Image via Giphy
Baca juga teguran seorang lelaki tentang makanan yang dimasak oleh non-muslim di Penang ini. Deep.
Berita terkini hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment