Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

IKEA Keluarkan Bak Kwa Halal, 'Spicy Chicken Wings' & Banyak Lagi Menu Baru Yang 'Best'!

Jom dapatkan bak kwa halal dan banyak lagi hidangan menarik di IKEA!

Sempena Tahun Baru Cina, IKEA menyediakan pelbagai snek perayaan yang menarik lagi menggiurkan!

Image via @ikeamalaysia (Instagram)

Antara snek yang terdapat di Swedish Food Market IKEA ialah Suji Ball (RM18.80), Peanut Cookies (RM17.80), Almond Cookies (RM18.80), Bangkit Cookies (RM18.80) dan Pineapple Tart (RM19.80).

Tetapi snek yang kami paling excited untuk mencuba tahun ini ialah bak kwa ayam dengan harga RM48.80 (500 gram) sahaja yang ternyata dijamin halal!

Image via says.com

Bak kwa merupakan hidangan tradisi Cina yang lazimnya dinikmati pada perayaan Tahun Baru Cina. Snek ini kebiasaanya tidak halal tetapi kini, anda boleh menikmati snek ini di semua cawangan IKEA. 

Sesuai buat anda yang teringin untuk mencuba bak kwa halal atau memberi snek ini sebagai hadiah!

Untuk sesuatu yang unik, jangan lupa untuk mencuba menu baru seperti Spicy Hot Chicken Wings (RM17.90) dan Lotus Leaf Rice (RM8)!

Image via IKEA Malaysia

Image via IKEA Malaysia

Peminat hidangan pedas pasti akan menggemari Spicy Hot Chicken Wings ini. Anda boleh dapatkan hidangan ini sehingga 31 Mac 2020 sahaja tau. Manakala, Lotus Leaf Rice pula boleh didapati sehingga 9 Februari 2020 sahaja!

Hidangan mana yang anda paling excited untuk cuba? Jom serbu cawangan IKEA sekarang! :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan banyak lagi pilihan bak kwa di sini:

Jom check out banyak lagi promosi menarik bulan ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment