Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Lebih 4k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Sos Yong Tau Foo 'Homemade'. Serius Senang!

Jom cuba hasilkan sos yong tau foo sendiri di rumah. Simple, murah dan confirm sedap!

Cover image via Afidah Manaf

Siapa sahaja yang tidak rambang mata apabila melihat pelbagai pilihan yong tau foo yang terdapat di pasar malam

Image via inid2tell.blogspot.com

Apabila sudah syok memilih makanan, pasti hidangan anda mencecah harga yang agak mahal. Tetapi untuk pengetahuan anda, yong tau foo lebih murah jika disediakan di rumah. Malah, sos yong tau foo juga sangat mudah untuk disediakan di rumah. Lagi sedap dan memuaskan! 

Untuk resepi sos yong tau foo yang paling mudah dan simple, ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Afidah Manaf yang telah mendapat sebanyak 4.5k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Image via Afidah Manaf / Facebook

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar taucu
  • 2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air, kacau)
  • 3 sudu besar kicap manis (sukatan agak agak sendiri)
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Gula pasir atau gula merah atau gula Melaka (secukup rasa )
  • 2 cawan air (ikut kepekatan yang anda mahukan)
  • Cili kering atau cili kisar 
Bahan hiasan (mengikut cita rasa anda)

  • Bijan
  • Kacang 

Image via Afidah Manaf / Facebook

Bahan untuk dicelur (mengikut cita rasa anda)

  • Bebola ikan
  • Kek ikan
  • Filamen ketam
  • Sayur kangkung

Ikuti cara-cara membuatnya pula:

Image via Afidah Manaf / Facebook

  1. Kisarkan taucu, kicap manis, kicap pekat, sos tiram, gula dan air sehingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk tumis cili kering atau cili kisar. Tumis sehingga kering.
  3. Masukkan semua bahan-bahan kisar dan masakkan sehingga mendidih.
  4. Tambahkan campuran tepung jagung dan air.
  5. Masak pada api yang perlahan sehingga mendidih. Kacau sehingga sebati.
  6. Sos yong tau foo sudah siap apabila sudah menjadi pekat mengikut cita rasa anda.

Apabila sos yong tau foo sudah siap, hidangkan bersama bebola ikan, kek ikan dan banyak lagi. Lagi puas dari beli di luar!

Image via Afidah Manaf / Facebook

Sumber resepi: Afidah Manaf

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi-resepi best di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment