makan

Lebih 8k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Cara Hasilkan Kuey Teow Dengan 3 Bahan Je. Senangnya!

Jom hasilkan kuey teow 'homemade' yang dijamin bersih, bebas pengawet dan confirm halal!

Cover image via Fiza Mh / Facebook

Terdapat pelbagai hidangan lazat dan memuaskan yang anda boleh sediakan dengan menggunakan kuey teow sahaja

Dari kuey teow goreng, kuey teow ladna hinggalah kuey teow kungfu, memang tidak boleh dinafikan yang semuanya sedap belaka dan sesuai dengan cita rasa orang ramai. 

Tetapi lebih mudah dan lazat jika anda menyediakan kuey teow anda sendiri. Sudah tentu kebersihan makanan terjamin, malah anda pula boleh menyediakan hidangan kuey teow pada bila-bila masa sahaja.

Untuk resepi Kuey Teow homemade, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Fiza Mh yang telah mendapat sebanyak 8.4k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan air
  • Sedikit minyak sayuran

Ikuti cara-caranya pula:

  1. Sediakan pengkukus anda. (Resepi ini menggunakan kuali yang diisi air dan loyang untuk mengukus kuey teow. Lihat gambar untuk maklumat lanjut.)
  2. Satukan kesemua ramuan dan gaul sehingga rata.
  3. Sementara itu, griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
  4. Tuang satu senduk adunan ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan dengan menggoyang-goyangkan loyang. (Anda juga boleh mengguna senduk.)
  5. Kemudian, kukus sehingga masak selama 7-10 minit.
  6. Biarkan sejuk seketika dan griskan permukaan lempeng kuey teow dengan minyak sayuran. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. Ulangi proses ini sehingga selesai.
  7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak dan potongkan kuey teow mengikut saiz pilihan anda.
Tips tambahan: 
  • Jika anda menggunakan pisau kecil, lipatkan lempeng kuey teow menjadi dua untuk memudahkan potongan.
  • Anda boleh mengubah suai ketebalan kuey teow mengikut cita rasa anda. Jika anda mahu kuey teow yang lebih tebal, tambahkan air. Kurangkan air untuk kuey teow yang lebih nipis.

Apabila semua adunan sudah siap dikukus dan dipotong, inilah hasilnya!

Dengan resepi kuey teow homemade ini, pelbagai hidangan kuey teow yang anda boleh cuba! Anda juga boleh menyimpan kuey teow ini di dalam peti sejuk untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja. Jom cuba hasilkan di rumah! :D

Sumber resepi: Fiza Mh

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom cuba resepi-resepi kuey teow pula:

Jom try banyak lagi resepi homemade yang mudah di sini:

You may be interested in: