Hasilkan Homemade Pearls Dengan 5 Bahan Saja Menggunakan Resepi Ringkas Ini. Chewy Betul!
Senang je nak buat boba pearls di rumah sebenarnya!
Orang Asia dengan Bubble Milk Tea memang berpisah tiada. Kebelakangan ini, banyak gerai bubble tea beroperasi di merata tempat bagaikan cendawan liar.
Tiap-tiap hari minum bubble milk tea pun tak jelak, kerana semuanya sedap!
Kami pun mula tertanya-tanya bagaimana hendak membuat pearls sendiri di rumah. Rupa-rupanya senang sahaja. Black pearls ini nampak je susah nak buat, tetapi senang sangat sebenarnya kerana hanya menggunakan 5 bahan asas sahaja!
Menggunakan resepi kami, anda akan dapat menghasilkan pearls yang sangat chewy, bertekstur kenyal-kenyal apabila dinikmati bersama minuman kegemaran anda seperti teh ais dan juga kopi ais. Nak minum bersama sirap bandung pun boleh!
Anda boleh membuat homemade pearls ini sebagai aktiviti keluarga bersama kanak-kanak pada hujung minggu. Pasti seronok!
Tonton video di bawah untuk mengetahui cara untuk membuat homemade boba pearls dengan ringkas sekali:
RESEPI PENUH
Saiz hidangan: Menyajikan 4-5 orang.
Masa penyediaan: 1 1/2 jam.
Bahan-bahan
- 1 cawan gula perang
- 1/2 cawan air
- 2 cawan tepung ubi kayu
- 1/2 sudu kecil pewarna hitam
- 2 helai daun pandan
Cara
2. Masukkan tepung ubi kayu sedikit demi sedikit sehingga adunan dicampur dengan sebati. Keluarkan adunan ke atas permukaan yang bersih dan sejuk.
4. Bulatkan doh menjati sfera bersaiz kecil.
6. Rendamkan pearls yang telah masak ke dalam air sejuk. Homemade Boba Pearls anda telahpun siap!
Cara
2. Bubble Milk Tea sudahpun siap untuk dinikmati!
Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!
Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!