makan

Cara Masak Daging Goreng Kunyit Murah, Ringkas & Lazat. Pasti Tambah Dua Kali!

Lauk daging goreng kunyit sangat ngam untuk dinikmati bersama nasi putih panas, telur mata dan kicap manis. Padu betul!

Cover image via Seismik Makan

Apa-apa masakan goreng kunyit pasti dapat membuat sesiapa saja berasa lapar dan perut perut berbunyi.

Tak kira lah isi ikan, ayam atau daging, yang pasti adalah semuanya sangat fantastic untuk dihidangkan sebagai makan tengah hari mahupun makan malam.

Tetapi bagi kami, daging goreng kunyit lebih menyelerakan dari lauk goreng kunyit yang lain kerana aromanya yang lebih wangi. Pasti dapat meningkatkan selera sesiapa saja. Confirm terliur nanti!

Image via Giphy

Sesuai untuk sesiapa yang sedang berbajet, hidangan simple tapi lazat ini boleh disiapkan dalam masa yang sangat singkat. 40 minit saja boleh beres hidangan untuk seluruh keluarga.

Dengan menggunakan satu kuali saja untuk masak, nak cuci pun senang! 

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara memasak Daging Goreng Kunyit Kacang Panjang yang lazat dan ringkas:

RESEPI PENUH

Image via Seismik Makan

Saiz hidangan: Menyajikan 2-3 orang.
Masa penyediaan: 40 minit.

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk daging (dihiris saiz sederhana)
  • 2 sudu besar kunyit
  • 3 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji bawang kuning (dihiris tebal)
  • 1 biji cili merah (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 cawan kacang panjang (dipotong ke saiz 1 inci)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam
Image via Seismik Makan

Cara

1. Dalam mangkuk, gaulkan daging dengan serbuk kunyit sehingga rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging empuk.
Image via giphy.com
3. Masukkan bawang kuning, cili merah, bawang putih, halia dan kacang panjang. Gorengkan seketika.
Image via imgflip.com
4. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul sehingga rata.
Image via Seismik Makan

5.Daging Goreng Kunyit Kacang Panjang sudah pun siap dihidang!

Lauk ini wajib dinikmati fresh bersama sepinggan nasi putih panas, telur mata dan kicap manis. Lagi best jika ditambah sambal pedas! 

SELAMAT MENCUBA!

Image via Seismik Makan

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Image via imgur.com

Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan resepi lauk Ayam Goreng Kunyit Selasa lepas kami di bawah:

Pelajari banyak lagi resepi menu bajet di bawah:

You may be interested in: