makan

Menu Bajet: Hasilkan Stir-Fry Ayam & Brokoli Ringkas Ini Menggunakan 10 Bahan Asas Sahaja

Resipi ini hanya menggunakan bahan-bahan asas yang sedia ada dalam dapur anda dan sangat senang nak hasilkan dengan cepat sekali!

Cover image via Seismik Makan

Tahun baru ini, pastinya semua hendak mulakan tabiat makan yang lebih sihat bukan?

Image via Giphy

Minggu ini, kami telahpun menghasilkan resipi Stir-fry Ayam dan Brokoli yang cukup enak untuk anda. Resipi ini bukan sahaja sihat dan sedap untuk dinikmati, malah hanya menggunakan bajet yang sangat rendah untuk dihasilkan. Kesemua bahan yang digunakan juga merupakan bahan asas yang biasanya boleh didapati di dapur rumah anda.  

Makan bersama nasi putih panas dan telur mata kerbau, memang cukup padu! 

Beginilah caranya untuk menghasilkan Stir-Fry Ayam Dan Brokoli:

Dapatkan resipi penuh di bawah:

Serving size: Menghidangkan 2.

Bahan-bahan 
- Minyak masak secukupnya
- 1 ulas bawang putih (Dicincang)
- 1 biji bawang merah (dipotong dadu) 
- 800 gram ayam kisar 
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap cair
- 1/2 cawan brokoli (Dipotong kecil)
- 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
- 1 biji cili merah (Dihiris)
- lada hitam secukup rasa
- garam secukup rasa 

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumiskan sehingga naik bau. 
2. Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga keperangan. 
3. Masukkan lobak merah, cili merah dan brokoli.
4. Masukkan sos tiram, kicap cair, garam dan lada hitam. Gorengkan seketika. 
5. Stir-fry ayam dan brokoli siap untuk dinikmati bersama nasi putih panas dan telur mata kerbau! 

Selamat mencuba!

Image via Seismik Makan

Dapatkan resipi ringkas minggu lepas di bawah:

Untuk dapatkan banyak lagi resipi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi enak #seismikmakan di bawah:

You may be interested in: