Nikmati Stew Daging Kentang Ringkas & Lazat Ini Pada Hari Sejuk. Sempurna Sangat!
Resipi stew daging kentang sedap ini sangat senang untuk dibuat dan hanya menggunakan 10 bahan sahaja!
Hidangan berkuah ini sangat berperisa dan pasti dapat panaskan badan anda pada hari sejuk. Ianya sangat ringkas untuk dibuat, tapi memang sedap yang tak terkata!
Hidangan stew ini lazat dimakan panas-panas dan dicicah bersama bread rolls yang lembut, memang terangkat selera. Anda juga boleh menikmatinya bersama nasi putih dan telur dadar. Padu betul!
Dapatkan resipi penuh di bawah:
Saiz hidangan: 2-3 servings
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar minyak
- 800g daging lembu (dihiris)
- 1 biji bawang kuning (dipotong kiub kecil)
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang lobak merah (dipotong kiub)
- 1 biji kentang (dipotong kiub)
- 3 cawan stok daging
- 1 helai daun salam
- 1 sudu besar herba campuran
- 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh air)
- Lada hitam
- Garam
Cara:
1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan daging. Gorengkan sehingga seperuh masak. Kemudian, ketepikan.
2. Menggunakan periuk yang sama, masukkan sedikit minyak dan masukkan bawang kuning, lobak merah dan kentang. Masak sehingga naik bau.
3. Masukkan daging yang sudah digoreng. Kemudian, masukkan stok daging.
4. Masukkan daun salam, herba campuran dan lada hitam. Renehkan selama 40 minit.
5. Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh air. Reneh selama 10 minit.
6. Masukkan garam dan tutup api.
7. Hidangkan Stew Daging & Kentang bersama bread rolls!
Untuk dapatkan banyak lagi resipi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!