Sempurnakan Lagi Makan Malam Anda Dengan 2 Resipi Kentang Bakar Rangup & Ringkas Ini
Kentang panggang adalah hidangan sampingan yang boleh dinikmati dengan pelbagai juadah makan malam dan pasti akan digemari yang tersayang.
Kentang panggang adalah hidangan sampingan yang sangat sesuai untuk dihidangkan dengan pelbagai juadah makan malam anda.
Resipi kita menggunakan teknik yang unik, tetapi akan mendapatkan anda kentang panggang yang sungguh empuk di dalam, rangup di luar, dan menggunakan keju cheddar yang membuatkannya sangat lazat.
Anda boleh menghidangkannya bersama ayam panggang, ikan bakar, atau boleh dimakan bersama burger dan apa-apa saja yang memikat citarasa anda.
Kentang Bakar Herba
Bahan-bahan:
- 4 biji Kentang Russet
- 1 sudu Kecil Bawang Putih
- 3 sudu Besar Minyak Zaitun
- 1 sudu Kecil Paprika
- 1 sudu Kecil Herba Thyme
- 1 sudu Kecil Herba Parsley
- 1 sudu Kecil Garam
- 1 sudu Kecil Lada Hitam
Cara:
Dalam mangkuk, gaul kentang bersama bawang putih, minyak zaitun, paprika, daun thyme, garam dan lada hitam.
Letakkan campuran di atas baking pan yang telah dilapitkan dengan aluminium foil.
Bakar pada suhu 200C selama 45 minit atau hingga masak.
Kentang bakar herba siap untuk dihidang bersama taburan daun English Parsley.
Hasselback Potatoes
Bahan-Bahan:
- 4 biji kentang russet
- 4 sudu besar minyak zaitun
- 1 sudu kecil herba thyme
- 1 sudu kecil herba parsley
- 1/2 cawan keju cheddar
Cara:
Dalam mangkuk, masukkan minyak zaitun, daun parsley, daun thyme, garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati.
Potong kentang mengikut rujukan video.
Sumbat cheddar cheese diantara kepingan kentang, dan sapuran campuran minyak zaitun herba.
Bakar pada suhu 230C selama 30 minit atau hingga masak.
Kentang hasselback siap untuk dinikmati bersama taburan daun parsley.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!