makan

Cara Masak Kentang Putar Ala KFC Yang 'Creamy' Dan Lazat. Tips Penting Anda Perlu Tahu!

Ikuti tips-tips ini untuk membuat kentang putar ala-ala kfc (atau lagi lembut) di rumah!

Cover image via Epicurious

Semua orang sukakan hidangan kentang putar bukan? Hidangan ini sedap untuk dimakan dengan pelbagai juadah seperti ayam goreng dan ayam panggang. Nak ratah bersama gravy pun padu juga!

Namun, ketika menyediakan hidangan ini, mungkin anda akan ditimpa masalah seperti rasa tawar, terdapat cebisan-cebisan kentang kurang masak dalam hidangan. Malah, pernah juga kentang putar bertekstur liat.

Mesti ada je yang tak kena, bukan?

Ikuti 7 tips ini supaya hidangan kentang putar anda lebih sempurna!

1. Gunakan kentang russet atau ubi kentang yang mempunyai kandungan kanji yang tinggi

Untuk dapatkan tekstur kentang putar yang paling creamy, memang wajib guna kentang russet, atau jenis ubi kentang yang mengandungi kanji yang tinggi, seperti Yukon Gold.

Ini kerana ubi kentang yang mempunyai kandungan kanji yang tinggi dapat menyerap bahan-bahan seperti krim, susu dan mentega dengan lebih baik, manakala kentang yang mempunyai kandungan kanji yang rendah akan hasilkan anda kentang putar yang bertekstur liat. 

Image via Potato Goodness

2. Kupaskan kulit kentang terlebih dahulu sebelum merebusnya

Sesetengah orang suka menghancurkan kulit kentang ke dalam hidangan kentang putar mereka, tetapi untuk anda yang sukakan tekstur kentang putar yang lebih berkrim, anda haruslah kupaskan kulit terlebih dahulu. Ini supaya tiada cebisan kulit anda termasuk dalam hidangan anda.

Image via The Cookful

3. Masukkan garam ke dalam air rebusan kentang

Step ini penting supaya hidangan kentang putar anda tidak tawar. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan memasukkan garam terus ke dalam air rebusan anda. Ini membolehkan anda season hidangan anda dengan lebih sekata. 

Image via Food52

4. Masukkan kentang dalam air sebelum ia mula dipanaskan

Untuk memasakkan ubi kentang anda dengan lebih sekata, anda haruslah memasukkan kentang ke dalam air sebelum ia bergelegak. Jika anda memasukkan kentang dalam air yang sudah bergelegak, kentang anda mungkin tidak akan dimasak sehingga empuk dan akan mendapat cebisan-cebisan kentang yang kurang masak dalam hidangan kentang putar anda. 

5. Hancurkan kentang dengan sedikit air rebusan

Ketika merebus kentang, banyak kandungan kanji kentang akan terlepas ke dalam air. Dengan menggunakan sedikit air rebusan dalam proses menghancurkan kentang, ia dapat memasukkan semula kanji ke dalam hidangan anda untuk mendapatkan anda kentang putar yang lebih fluffy. 

6. Gunakan butter dan krim yang room temperature

Anda harus menggunakan bahan tenusu seperti mentega dan krim yang room temperature supaya kentang dapat menyerapkannya dengan lebih baik. 

Image via Serious Eats

7. Jangan campurkan kentang putar anda terlalu banyak

Ini adalah perkara yang dianggap salah ketika memasak kentang putar. Sebenarnya, anda seharusnya kurangkan proses penghancuran kentang. Ini kerana jika kentang dihancurkan dengan berlebihan, kandungan kanji kentang akan hilang. Kehilangan kanji kentang juga akan membuat hidangan kentang putar anda liat dan tak enak untuk dimakan. 

Image via MNN

Dengan menggunakan tips-tips ini, bolehlah anda sekarang menghasilkan kentang putar yang lazat, fluffy dan creamy setiap kali!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Gunakan resipi kami di bawah untuk membuat mash potato lazat dengan cara yang paling ringkas:

Hidangkan kentang putar anda dengan hidangan-hindangan sedap di bawah:

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi menarik di bawah:

You may be interested in: