makan

Hasilkan Resipi Ayam Singgang Yang Lazat Ini Dengan Masa Yang Sangat Singkat

Memang betul senang, anda hanya perlu didihkan air dan masukkan bahan-bahannya sahaja!

Cover image via SAYS

Ayam singgang adalah hidangan lauk yang sedap dan juga sangat mudah untuk dibuat.

Image via imgur.com

Minggu ini, kami kongsikan resipi Ayam Singgang yang sangat menyelerakan dan khas untuk anda yang ingin hasilkan menu simple. Dimakan pula dengan nasi putih panas-panas, memang power!

Begini caranya untuk membuat Ayam Singgang dengan menggunakan bahan-bahan simple sahaja:

Dapatkan resipi penuh di bawah:

Saiz hidangan: 2-3 servings

Bahan-bahan:

- 4 ketul paha ayam
- 4 cawan air
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- 1 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci kunyit (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 inci lengkuas (dihris)
- 1 batang serai
- 3 keping asam gelugur
- 2 biji cili merah (dipotong)
- 5 batang sayur bendi
- 5 biji cili padi

Cara:
1. Masukkan air, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, lengkuas, serai, asam gelugur, garam dan lada hitam. Didihkan.
2. Masukkan ayam, bendi, cili merah dan cili padi.
3. Didihkan hingga ayam masak. 
4. Ayam Singgang sudah siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Image via SAYS

Untuk dapatkan banyak lagi resipi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via SAYS

Dapatkan lagi resipi lauk-pauk menarik dan ringkas di sini:

Dapatkan lagi resipi-resipi menarik yang lain:

You may be interested in: