makan

Hasilkan 'Apple Crumble' Paling 'Marvelous' Dengan 6 Bahan Sahaja. Wah, Setaraf Kafe KL!

Resipi Apple Crumble ringkas boleh dibuat dalam kurang daripada 45 minit dan dapat memuaskan keinginan makanan manis anda!

Cover image via SEISMIK MAKAN

Hidangan Apple Crumble adalah hidangan popular Amerika Syarikat yang sebenarnya sangat ringkas untuk dibuat di rumah menggunakan 6 bahan sahaja!

Image via Seismik Makan

Anda harus menikmati pencuci mulut yang memang 'fresh from the oven' lalu dihidangkan pula bersama aiskrim vanila sejuk. Ngam betul!

Jika anda tidak menggemari buah Epal, anda boleh menghasilkan resepi ini dengan apa-apa jenis buah kegemaran anda seperti pisang, beri-beri dan apa-apa saja.

Inilah caranya untuk menghasilkan dessert Apple Crumble yang paling ringkas dan sedap:

Bahan-bahan:

Inti
- 3 biji epal Granny Smith (dikupas kulit dan dipotong kiub)
- 1/4 cawan gula perang

Crumble
- 1 cawan all-purpose flour
- 100 gram mentega sejuk (unsalted)
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1/2 cawan gula perang
- 1 sudu kecil esen vanila

Cara:

1. Dalam mangkuk, gaulkan epal yang telah dipotong kiub bersama dengan gula perang.
2. Masukkan all-purpose flour, gula perang, esen vanilla, mentega dalam mangkuk asing. Gaul sehingga menjadi tekstur crumbly. 
3. Masukkan epal dalam bekas ramikin dan letakkan campuran crumble di atas.
4. Bakar pada suhu 180 selama 30 minit (atau sehingga keperangan).
5. Apple Crumble siap untuk dihidang bersama aiskrim vanila.

Image via Seismik Makan

Selamat mencuba! Pastikan anda tag gambar makanan anda dengan #seismikmakan supaya kami boleh check out hasil masakan anda!

Apple Crumble

Image via Seismik Makan

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Hidangkan pelbagai lagi makanan lazat dan ringkas menggunakan resipi-resipi di bawah:

Dapatkan tips-tips untuk melazatkan lagi masakan anda di bawah:

You may be interested in: