Jimat Wang & Masa Anda Dengan Menghasilkan Lauk Ayam Kicap Lada Hitam Ini. Enak Betul!

Resipi Ayam Kicap Lada Hitam ini sangat ringkas untuk dibuat dan pasti dapat memikat selera yang tersayang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Seismik Makan

Semua saja sukakan lauk ayam kicap, bukan? Makan bersama sepinggan nasi putih panas, tambah lagi telur goreng memang layan sangat!

Resipi kami ini sedikit istimewa kerana menggunakan lada hitam yang memberikannya kepedasan yang pasti akan membuat selera anda terangkat.

Simple untuk dibuat dalam masa yang singkat, resipi ini khas untuk sesiapa yang sentiasa kesuntukan masa. Terutamanya para ibu bapa yang sedang bekerja dan juga orang muda yang masih sedang belajar.

Image via null

Begini caranya untuk membuat Ayam Kicap Lada Hitam dengan cara yang ringkas sekali:

RESIPI PENUH

Serving size: Menghidangkan 2.
Masa penyediaan:
30 minit

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

Image via Seismik Makan

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 200 gram isi paha ayam
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 cawan lada benggala campuran
  • 1 sudu kecil tepung jagung (optional)

Cara:

2. Masukkan lada hitam, kicap cair, sos tiram dan air. Renehkan seketika.
3. Masukkan isi paha ayam dan masak selama 6 minit atau sehingga kesemua isi ayam sudahpun masak.

4. Masukkan lada benggala campuran dan renehkan seketika.
5. Lauk simple Ayam Kicap Lada Hitam sudahpun siap untuk dinikmati!

Untuk yang memang gilakan rasa lada hitam, bolehlah lebihkan sukatan lada hitam dalam masakkan mengikut citarasa masing-masing!

Image via Seismik Makan

Image via Seismik Makan

Image via Seismik Makan

1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan bawang kuning. Gorengkan sehingga naik bau dan bawang menjadi sedikit lut sinar.

SELAMAT MENCUBA!

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media social!

Image via Seismik Makan

Dapatkan resipi Stir-Fry Ayam & Brokoli minggu lepas kami di bawah:

Untuk dapatkan banyak lagi resipi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Nikmati lauk ini bersama hidangan-hidangan sampingan sedap dan simple di bawah:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: