Resepi Ayam Masak Halia Ringkas, Lazat & ‘MSG-Free’. Confirm Licin Pinggan!

Tak perlu menggunakan 'artificial-flavouring' untuk menghasilkan hidangan Ayam Masak Halia yang sedap ini. Semua bahan 'all-natural'!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Seismik Makan

Kebanyakan resipi yang diterbitkan pada masa kini akan menggunakan perisa 'MSG' untuk menambahkan lagi rasa dalam hidangan.

Tetapi penggunaan 'MSG' yang berlebihan tidak digalakkan dan selalunya dikaitkan dengan kesan-kesan negatif, seperti peningkatan berat badan yang drastik.

Minggu ini, kami telah menghasilkan lauk Ayam Masak Halia simple yang diperisakan dengan bahan-bahan segar sahaja untuk mendapatkan hidangan yang cukup 'flavourful'.

Selain itu, penggunaan halia juga sangat elok untuk sesiapa yang selalu mempunyai perut kembung, dan ingin membuang angin dalam badan. Jika anda nak lebihkan perisa halia dalam hidangan ini, bolehlah lebihkan sukatan halia mengikut cita rasa anda sendiri. 🙂

Image via Giphy

Lihatlah di bawah untuk cara membuat lauk Ayam Halia dengan ringkas sekali:

RESIPI PENUH

Saiz hidangan: Menghidangkan 5-6 orang.
Masa penyediaan: 40 minit.

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong kepada 16 bahagian)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 biji bawang (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 10 batang cendawan tiram (dihiris)
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/4 cawan air tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang (dihiris)

Image via Seismik Makan

Image via Seismik Makan

Cara:

1. Dalam mangkuk besar, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit sehingga rata. 
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali tersebut. Goreng ayam sehingga separuh masak. Ketepikan. 

3. Dalam kuali sama, masukkan bawang merah, halia, cili merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan cendawan tiram dan ayam goreng kunyit. Gaul.

5. Masukkan kicap cair, sos tiram, lada hitam, air tepung jagung dan garam. Gaul.
6. Lauk Ayam Halia siap untuk dinikmati bersama taburan daun bawang!

Image via Seismik Makan

Image via Seismik Makan

Image via Seismik Makan

SELAMAT MENCUBA!

Image via Seismik Makan

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Image via Seismik Makan

Dapatkan resipi Cucur Ikan Bilis Bawang kami Selasa lepas di bawah:

Untuk dapatkan banyak lagi resipi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Sempurnakan lagi sarapan anda bersama hidangan-hidangan sampingan ini:

Dapatkan pelbagai lagi resipi lauk ayam ringkas di bawah:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: