Inilah Resipi Ringkas Cucur Ikan Bilis Bawang Paling 'Crispy'. Sejuk Pun Tetap Rangup!

Cuma perlukan 5 bahan basic saja untuk membuat resipi cucur ikan bilis ini.

Tak semua resipi akan mendapatkan anda cucur yang crispy dan lazat.

Malah, kebanyakan resipi hanya akan menghasilkan cucur yang 'masuk minyak', luaran soggy dan isi yang lembik.

Tak syok betul!

Image via Giphy

Tetapi kami tahu satu rahsia untuk menghasilkan cucur ikan bilis bawang yang cukup rangup.

Nantikan resipi kami di bawah, sure sekali cucur-cucur anda yang akan datang semua rangup-rangup belaka! 

Memang best untuk menikmati cucur kegemaran ini bersama tersayang untuk minum petang bersama secawan teh ataupun kopi.

Ingin tahu rahsia kami?

Lihatlah di bawah untuk cara membuat Cucur Ikan Bilis Bawang Crispy dengan ringkas sekali:

RESIPI PENUH

Image via Seismik Makan

Serving size: Menghidangkan 3-4
Masa penyediaan: 40 minit

Bahan-bahan:

Image via Seismik Makan

  • 100 gram ikan bilis
  • 1 biji bawang merah (dicincang)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air panas
  • Garam secukup rasa

Image via Seismik Makan

Cara:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan ikan bilis, bawang, tepung gandum dan garam. Gaulkan. 

Image via Seismik Makan

2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan digaul sebati. 

Image via giphy.com

3. Panaskan minyak dalam kuali. Menggunakan sudu, cedok adunan dan masukkan ke dalam kuali tersebut.

Image via Seismik Makan

4. Masak sehingga keperangan, kemudian terbalikkan.
5. Angkat dan toskan cucur yang telah masak dan bertukar kepada warna perang keemasan.

Cucur sudahpun siap untuk dihidangkan bersama sos kegemaran anda!  

SELAMAT MENCUBA!

Image via Seismik Makan

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Image via Seismik Makan

Untuk dapatkan banyak lagi resipi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Leave a comment