8 Resipi Kek Yang Mudah Dan Sedap Untuk Dimakan Sambil 'Mengopi' Pada Waktu Petang

Memang best lepak minum kopi waktu petang, tetapi lagi best kalau ada kek kat tepi!

1. Kek Pandan

Kek Pandan

Image via MyResipi

Kek Pandan yang gebu dan harum ini memang sesuai jika dinikmati bersama secawan kopi. Kalau berani, cicah dengan kopi pun boleh. Sedap sangat!

Dapatkan resipi penuh Kek Pandan di sini.

2. Kek Buah Kukus Manja

Kek Buah Kukus Manja

Image via MyResipi

Kek Buah Kukus Manja yang manis ini memang secocok dengan kopi yang agak pahit. Sekali cuba, pasti anda nak lagi!

Dapatkan resipi penuh Kek Buah Kukus Manja di sini

3. Kek Pisang Gebu

Kek Pisang Gebu

Image via MyResipi

Kek Pisang Gebu memang snek minum petang yang paling klasik dan tak akan membosankan! Disukai ramai dan mudah untuk disediakan. Apa lagi yang kita mahukan? 

Dapatkan resipi penuh Kek Pisang Gebu di sini.

4. Kek Dam

Kek Dam

Image via MyResipi

Kalau teringinkan kelainan, kek Dam lah jawapannya! Kek ini istimewa sikit, memang sangat sesuai jika dihidang kepada tetamu. Mesti kena puji punyalah! 

Dapatkan resipi penuh Kek Dam di sini

5. Kek Buah Keju

Kek Buah Keju

Image via MyResipi

Peminat keju mesti akan suka kek ini. Disebabkan besnya ialah keju, rasanya pun lagi berkali ganda sedap dan mewah. Dihidang pula bersama kopi, memang nikmat! 

Dapatkan resipi penuh Kek Buah Keju di sini

6. Kek Epal Hijau

Kek Epal Hijau

Image via MyResipi

Jika anda mahukan sesuatu yang unik dan fresh, dan anda patut cuba Kek Epal Hijau. Rasanya yang masam manis memang sesuai untuk dimakan bersama minuman petang. 

Dapatkan resipi penuh Kek Epal Hijau di sini.

7. Kek Buah Sweet

Kek Buah Sweet

Image via MyResipi

Kalau malas nak kukus Kek Buah, bolehlah cuba menghasilkan kek buah yang enak ini dengan menggunakan ketuhar. Sedap pun sedap, tetapi lagi best dan mudah!

Dapatkan resipi penuh Kek Buah Sweet di sini.

8. Kek Span Gebu Gebas

Kek Span Gebu Gebas

Image via MyResipi

Kek Span Gebu Gebas bersama kopi? Sudah tentu sedap! Rasa gula hangus kek ini memang sedap. Kalau hidangkan kek ini, setiap hari pun mesti nak minum petang. Boleh ketagih tau! 

Dapatkan resipi penuh Kek Span Gebu Gebas di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Leave a comment