[GAMBAR] 7 Pereka Tempatan Kek Custom Mewah & Unik Anda Wajib Follow Di Instagram

Memang hebat kemahiran pereka-pereka tempatan kek ini dan boleh dikategorikan dengan rekaan taraf antarabangsa!

1. hand.some.cake

Hand.some.kek membuat kek-kek mewah khas untuk majlis perkahwinan dan special events lain seperti majlis hari jadi dan acara-acara istimewa. Pemiliknya, Helmi, adalah seorang yang sangat pakar dalam menghiasi kek menggunakan gubahan bunga segar, watercolour frosting warna-warni dan penggunaan isomalt (iaitu sejenis sukrosa, yang kelihatan bagaikan kaca, yang senang dibentukkan untuk digunakan sebagai hiasan kek yang elegan). 

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang hand.some.cake di Instagram. 

2. hanna_baharin

Mahir dalam membuat hand-painted cakes yang begitu intricate dan mengagumkan, rekaan kek Hannah Baharin memang mewah dan rupa bagaikan rekaan yang hanya boleh didapati dalam fairy-tales. Sesetengah rekaannya berupa seperti ciptaan seni avant-garde yang boleh dipamerkan dalam galeri seni antarabangsa!

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang hanna baharin di Instagram.

3. banker2baker

Beroperasi dari Wangsa Maju, pereka kek ini menggunakan icing fondant dan cream frosting untuk menghasilkan kek-kek mewah bertemekan bunga yang kelihatan sangat elegan dan cantik. Pereka kek ini juga pakar dalam membuat kek untuk parti kanak-kanak dan juga pencuci mulut french macarons yang juga digunakan untuk menghiasi kek mereka. Dato' Siti Nurhaliza pun pernah membuat tempahan daripada pereka kek ini!

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang banker2baker di Instagram.

4. brownandsyai

Demiliki oleh pasangan suami dan isteri, Brown and Sugar memang pakar dalam membuat kek-kek yang sangat extravagant yang dihiasi dengan apa saja yang boleh diimaginasikan oleh anda. Sama ada anda mahu kek yang bertemakan seperti magical mermaid, tropical forest ataupun spring fever, apa-apa pun boleh boleh direka oleh duo kreatif ini!

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang brownandsyai di Instagram.

5. mycakelaboratory

Pasangan arkitek kreatif ini menjadikan perekaan kek custom sebagai hobi dan perniagaan sampingan mereka. Menggunakan latar belakang mereka sebagai arkitek, mycakelaboratory menggunakan pelbagai teknik yang kreatif dan unik untuk menghasilkan kek-kek yang sangat sangat unik dan cantik!

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang mycakelaboratory di Instagram.

6. btterswt

Pereka kek ini sangat pakar dalam membuat kek-kek yang elegan yang berupa classy. Dengan penggunaan warna yang minimal, hiasan gold-leaf dan rekaan bunga fondant handmade yang begitu delicate & cantik, rekaan kek daripada btterswt pasti dapat menangkap perhatian tetamu majlis apabila ini diletakkan sebagai centerpiece dalam apa-apa acara istimewa anda adakan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang btterswt di Instagram.

7. kouturecakes

Pereka kek ini sangat pakar dalam membuat kek-kek bertier couture yang begitu artistik menggunakan icing dekoratif fondan. Sangat mewah dalam penghiasannya, setiap rekaan kouturecakes tidak pernah diulangi yang betul-betul membuatnya rekaan couture.  

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang kouturecakes di Instagram.

Sukakan kek-kek mewah? Kagumi rekaan istimewa kek-kek bersempena ulang tahun YDP Agong di bawah:

Leave a comment