Anda Boleh Buat Kek Marble Viral Ini Guna 8 Bahan Sahaja. Patutlah Ramai Yang Dah Cuba!
Nak mengadunnya pun senang, tak perlu asingkan bahan basah dengan bahan kering.
Ingin enjoy kek buatan sendiri tetapi selalu sangat kek tak menjadi?
Nak buat kek ni macam-macam teknik dan langkah-langkah yang perlu diambil kira. Silap saja satu step, mulalah kek tu menjadi keras lah, tak naik elok lah... Memang leceh!
Resipi Kek Span Marble Susu yang semakin viral ini khas untuk anda yang inginkan resipi kek confirm-jadi. Yang paling best, langkah-langkah membuatnya pun sangat ringkas!
Jika selalunya adunan kek dimulakan dengan memukul mentega bersama gula dan kemudiannya digaul pula dengan bahan-bahan kering, resipi ini meringkaskan lagi proses penyediaan dengan mengadun kesemua bahan-bahan sekali pada masa yang sama - tidak perlu asingkan bahan basah dan bahan kering.
Resipi diminati ramai ini dicipta oleh Irfan Syazwanshah yang memang terkenal dengan perkongsian pelbagai resipi mudah dan menarik. Dapatkan resipinya di sini:
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/3 cawan susu tepung
- 3/4 cawan gula kastor
- 1/4 cawan susu segar
- 6 biji telur
- 40g ovalette
- 80g mentega (dicairkan)
Cara-cara:
1. Pukul kesemua bahan-bahan (kecuali mentega cair) sehingga menjadi warna putih dan betul-betul gebu.
2. Cedokkan sedikit adunan dan gaul bersama mentega cair. Kemudian tuangkan semula ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
3. Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Titiskan pewarna-pewarna yang diingini.
5. Gunakan lidi dan lorekkan pewarna untuk hasilkan corak yang diingini. Hentakkan loyang beberapa kali.
6. Bakar 35 ke 40 minit pada suhu 170°C dengan setting bakar atas-bawah.
7. Siap untuk dihidang!
Untuk pilihan pewarna dan corak, anda boleh mengikut kreativiti sendiri
Apabila sudah siap dibakar, begini hasilnya:
Tiada ketuhar di rumah? Jangan risau, kek ini juga boleh dikukus.
Gunakan resipi yang sama dan kukus sehingga kek masak.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!