Chef Hotel Dari Seantero Malaysia Mereka 19 Jenis Kek Sempena Ulang Tahun YDP Agong
Kudos untuk semua chef-chef yang terlibat!
Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda tahun 2018 telah jatuh pada 9 September 2018 iaitu hari ini (Ahad)
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat mencemar duli untuk menghadiri acara dan majlis rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V pada 9 September, hari ini.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kosmo, kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata sebagaimana perkenan baginda, Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan bagi Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan tidak diadakan pada sambutan kali ini.
Malah, Sultan Muhammad V berkenan untuk berangkat mencemar duli hadir ke Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang diadakan pada 6 September lalu.
Ini merupakan antara koleksi kek yang direka khas oleh chef-chef hotel terkemuka di Malaysia sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda tahun ini:
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah Kehadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhamamad V atas sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-49
#SilaDudukJanganLari