9 Resipi Biskut 'Beginner-Friendly' Menarik Anda Boleh Hasilkan Tanpa Pengalaman Baking
Ini dia resipi-resipi baking yang senang anda boleh hasilkan di rumah!
1. Biskut Coklat Cip
Resipi Biskut Coklat Cip ini antara hidangan biskut basic khas untuk first-timers yang ingin belajar baking. Resipinya senang sahaja. Anda hanya gaul bahan-bahan seperti tepung gandum, tepung berserbuk penaik, serbuk koko, coklat cip dan majerin, kemudian dibakar. Senang sangat!
Dapatkan resipi penuh Biskut Coklat Cip di sini.
2. Biskut Bebola Kristal
Bukan sahaja biskut warna-warni ini cantik dilihat, malah ia juga sedap dimakan. Mudah sahaja langkah-langkah untuk membuatnya. Anda perlu sediakan doh menggunakan tepung gandum, gula dan minyak sapi, lalu bentukkan dan dibakar dalam ketuhar. Akhir sekali, salut biskut ini bersama gula. Siap!
Dapatkan resipi penuh Biskut Bebola Kristal di sini.
3. Biskut Keju Cheddar
Khas untuk yang gilakan keju, Biskut Keju Cheddar ini mungkin akan membuat anda ketagih. Dengan bahan-bahan seperti keju Cheddar, tepung gandum, mentega, tepung jagung dan kuning telur, anda dapat hasilkan biskut yang berperisa savoury, cheesy dan juga sedikit rasa manis. Bolehlah nikmati snek ini waktu petang!
Dapatkan resipi penuh Biskut Keju Cheddar di sini.
4. NesLo Chocolate Chip
Resipi ini memang best. Jika anda penggemar NesLo, iaitu kombinasi Nescafe dan Milo, resipi ini memang wajib anda cuba. Cara-caranya mudah sahaja. Resipi ini sama seperti resipi biskut coklat cip tetapi anda perlu tambah bahan seperti serbuk Milo dan serbuk kopi dalam doh biskut. Hidangkan biskut ini kepada tetamu anda, pasti mereka suka!
Dapatkan resipi penuh NesLo Chocolate Chip di sini.
5. Biskut Permata Serbuk Roti
Ingin cuba sesuatu yang mudah dan sedap? Biskut ini sungguh ringkas untuk dibuat. Ia hanya menggunakan bahan-bahan sedia ada seperti tepung gandum, serbuk roti, tepung ubi, mentega, gula, esen vanila dan sos coklat. Penggunaan serbuk roti dapat membuat biskut ini berasa lebih crunchy dan sedap. Tunggu apa lagi? Jom cuba buat Biskut Permata Serbuk Roti ini!
Dapatkan resipi Biskut Permata Serbuk Roti di sini.
6. Ferrero Rocher da'bomb
Sukakan Ferrero Rocher? Lebih berbaloi jika anda buat sendiri di rumah menggunakan resipi ringkas ini. Bahan yang anda perlu adalah bubble rice, tepung biskut, serbuk badam, telur dan coklat. Teksturnya yang crunchy dan chocolatey, nikmatnya tak terkata!
Dapatkan resipi penuh Ferrero Rocher di sini.
7. Biskut Buah-Buahan
Sukakan dried fruits seperti kismis, cranberries dan lain-lain? Hasilkan Biskut Buah-Buahan yang cukup lazat ini. Dengan tekstur yang lembut di dalam dan crispy di luar, hidangan Biskut Buah-Buahan ini amat sesuai untuk dihidangkan untuk yang tersayang.
Dapatkan resipi penuh Biskut Buah-Buahan di sini.
8. Biskut Mama Carey
Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang simple tetapi istimewa, resipi Biskut Mama Carey ini boleh anda cuba di rumah. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan seperti mentega, gula aising, tepung jagung, tepung gandum dan pes coklat, anda dapat hasilkan biskut yang amat comel dan sedap ini!
Dapatkan resipi penuh Biskut Mama Carey di sini.
9. Biskut Badam Salju
Pernahkah anda cuba Biskut Badam Salju? Sesuai untuk yang suka dessert berperisa kopi, biskut diperbuat daripada mentega, shortening, esen kopi, susu tepung. Selepas itu, dibakar dan disalut pula bersama badam kisar dan serbuk Nestum untuk memberi tekstur crunchy.
Dapatkan resipi penuh Biskut Badam Salju di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!