makan

5 Resipi Anda WAJIB Cuba Jika Anda Sukakan Petai Dan Masakan Pedas. Memang Layan!

Nasi Goreng Petai dan 4 lagi resipi hidangan petai ringkas dan lazat yang pasti dapat meningkatkan selera yang tersayang.

Cover image via MyResipi

Selalunya kalau terdengar ibu hendak masak sambal petai untuk makan malam pastinya anda terliur terus bukan?

Image via Tenor

Kaya dengan pelbagai nutrisi seperti protein, kalsium, magnesium dan vitamin seperti vitamin A dan B, tak hairanlah mengapa petai adalah bahan yang popular untuk digunakan dalam banyak masakan tradisi di Asia, terutamanya masakan Malayu.

Ia bukan saja menambahkan kelazatan dalam hidangan, malah juga memberikan hidangan tekstur yang unik dengan isinya yang sedikit crunchy dan berlemak. 

Ikuti 5 resipi di bawah untuk menghasilkan hidangan petai dengan ringkas sekali:

1. Sambal Kupang Daun Kunyit

Sambal Kupang Daun Kunyit

Image via MyResipi

Jarang dijumpai pada masa kini, penggemar makanan laut pastinya akan menikmati hidangan tradisi Sambal Kupang Daun Kunyit ini. Menggunakan air asam jawa dalam masakannya, sambal ini berasa sedikit masam manis, dan penggunaan petai memberikannya rasa lemak yang sangat syok untuk dimakan bersama nasi putih panas.

Dapatkan resipi penuh Sambal Kupang Daun Kunyit di sini. 

2. Nasi Goreng Petai

Nasi Goreng Petai

Image via MyResipi

Selalu ada lebihan nasi dari hidangan makan malam? Bolehlah cuba untuk menghasilkan nasi goreng petai ini yang menggunakan makanan laut udang, sotong, petai dan juga kacang panjang yang memberikan nasi goreng ini teksur unik dan sedap dimakan.

Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Petai di sini. 

3. Sambal Tumis Bunga Kantan Dengan Petai

Sambal Tumis Bunga Kantan Dengan Petai

Image via MyResipi

Sambal tumis ini memang unik dengan penggunaan sekuntum bunga kantan yang membuatkan sambal ini lebih harum dari sambal lain. Hidangan ini sempurna untuk dinikmati untuk makan tengah hari atau makan malam, dicicah dengan lempeng ataupun dinikmati bersama jemput-jemput. 

Dapatkan resipi penuh Sambal Tumis Bunga Kantan Dengan Petai di sini. 

4. Sambal Tempoyak Udang Petai

Sambal Tempoyak Udang Petai

Image via MyResipi

Sediakan lauk istimewa ini untuk hidangan makan malam dan pastinya akan meningkatkan selera yang tersayang. Sambal Tempoyak Udang Petai ini berasa sedikit masam dengan penggunaan tempoyak, tetapi diseimbangkan dengan rasa manis natural isi udang segar. Tambah lagi dengan penggunaan petai yang memberikan hidangan ini tekstur yang unik, memang ngam untuk dinikmati bersama nasi putih panas. Padu betul!

Dapatkan resipi penuh Sambal Tempoyak Udang Petai di sini.

5. Sambal Petai Udang

Sambal Petai Udang

Image via MyResipi

Jika anda tidak menggemari tempoyak, anda boleh menghasilkan Sambal Petai Udang klasik ini yang menggunakan tumisan bawan merah, bawang putih dan serai. Semua bahan tersebut akan memberikan hidangan ini rasa yang cukup lazat dan sempura. Hidangan simple, tapi begitu menyelerakan.

Dapatkan resipi penuh Sambal Petai Udang di sini. 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Hasilkan Sambal Udang Petai menggunakan resipi ringkas kami di bawah:

Banyak lagi resipi masakan klasik Asia anda boleh hasilkan dengan senang sekali:

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi menarik dan ringkas di bawah: