Warganet Kongsi Gabungan Makanan ‘Terlarang’, Netizen Debat Sedap Atau Tidak?
Ada yang makan maggi dengan tempoyak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rakyat Malaysia tidak pernah terlepas melihat gabungan makanan yang selalunya disangka pelik
Suatu ketika dahulu, Malaysia dilanda pandemik keju di atas segala-galanya makanan dan sejarah pasti berulang dengan wujudnya pistachio ikan keli.
Dari air Milo durian sehinggalah ayam gepuk Chocolate Dubai, ini adalah antara gabungan pelik yang tidak masuk akal tetapi tetap ada orang yang mencubanya.
Baru-baru ini disoal oleh seorang pengguna Threads dengan nama @dayzeydoo mengenai kombo makanan yang sepatutnya tak sedap tetapi sedap untuk dicuba.
"Kongsikan kombo makanan paling 'menarik' yang bunyi macam tak patut. Tapi sedap gila. Ruang selamat untuk semua. Tak dipandang serong. Bergantunglah mungkin," katanya di Threads.

Gabungan nasi, telur masin, popcorn caramel, gulai daging dan shoyumi.
Image via @dayanaszzz (Threads)Ada yang unik, ada yang pelik dan ada yang mengejutkan
Seperti biasa, netizen datang dengan cadangan mereka sendiri untuk menggabungkan makanan yang jarang atau tidak langsung dimakan pada waktu yang sama.
Dikongsikan oleh @ijaicool di Threads yang sama, anaknya makan makanan hasil gabungan mangga dan Koko Krunch.
"Anak saya makan mangga dengan Koko Krunch. Macam nak hantar dia ke kem pemulihan akhlak tapi bila rasa mmm sedap juga tekstur keras lembut rasa masam manis," katanya.

Ada gabungan makanan yang sudah lama menjadi gabungan dan diterima oleh orang ramai di Malaysia.
"Fries cicah aiskrim sundae"
"Planta + kicap masin kipas udang + telur mata + nasi putih"
"Maggi Kari + Chedder Cheese + cili padi"
Ramai juga orang lain yang berkongsi hasil gabungan makanan yang boleh dikatakan tidak konvensional.
"Daging Lembu + Butter Kacang Mentega + Jem Kranberi. Patty burger buat sendiri sedap dan memualkan," kata @mimiabdhamid di Threads.

"Dulu masa student suka masak maggi. Maggi tomyam + tempoyak + nugget + sosej + tomato + potato + telur + sos cili. Judge me please. Tapi sangat sedap," kata @i.thisfiz.
Terdapat juga orang dari kawasan utara tanah air yang berkongsi makanan unik seperti kerabu tembikai.

Kerabu tembikai.
Image via @fatienatiqa (Threads)Bukan sahaja rakyat Malaysia mahal, beberapa jenama makanan terkenal di Malaysia juga ada mengeluarkan kombo gabungan yang tidak disangka wujud.
Beberapa tahun lepas, MAMEE pernah berkolaborasi dengan Tealive untuk melancarkan mi segera Spicy Mi Boba yang mempunyai boba di dalamnya untuk dimakan bersama mi yang pedas.

Gabungan makanan apa lagi yang menjadi pilihan korang?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via