makan

Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Paling Rangup, 'Simple' & Sedap. Boleh Menyajikan 4-6 Orang!

Ayam Goreng Kunyit ini bila dah sejuk pun tetap rangup. Nak ratah saja pun syok!

Cover image via SAYS

Semua orang suka Ayam Goreng, bukan? Bermacam versi ayam goreng boleh dijumpai di Malaysia seperti ayam goreng berempah, ayam penyet, ayam goreng McD, ayam goreng KFC, Korean Fried Chicken dan macam-macam lagi.

Nikmat betul untuk semua penggemar ayam goreng!

Image via Giphy

Tetapi, tidak boleh dinafikan antara ayam goreng paling sedap di Malaysia adalah Ayam Goreng Kunyit. Sangat simple, tetapi flavour memang the bomb! Hidangan ini boleh dinikmati dengan pelbagai hidangan seperti nasi lemak, nasi campur, nasi kerabu dan macam-macam lagi. Nak diratah saja pun sedap! 

Minggu ini, cubalah hasilkan resepi ayam goreng kunyit kami. Resepi ini akan menghasilkan anda ayam goreng yang cukup berperisa dengan perapan bahan-bahan wangi seperti bawang merah, kunyit hidup, bawang putih dan halia.  

Penggunaan tepung jagung pun memastikan anda akan mendapat kulit ayam yang betul-betul rangup! 

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara memasak Ayam Goreng Kunyit paling lazat:

RESEPI PENUH

Image via Seismik Makan

Saiz hidangan: Menyajikan 4-6 orang.
Masa penyediaan: 40 minit.


Bahan-bahan:

Image via Seismik Makan
  • 6 ketul ayam
  • 2 biji bawang merah
  • 6 batang cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil udang kering
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
Image via Seismik Makan

Cara

1. Kisarkan bawang merah, cili kering, udang kering, halia, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat.
Image via Seismik Makan
2. Dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama bahan kisaran, serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Perapkan seketika.
Image via Seismik Makan
3. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak telah panas, masukkan ayam dengan bahagian kulit menghadap ke bawah. Goreng sehingga keperangan dan terbalikkan.
Image via Seismik Makan
4. Ayam Goreng Kunyit sudahpun siap. Nak makan ratah saja-saja pun memang sedap!

SELAMAT MENCUBA!

Image via Seismik Makan

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Image via Seismik Makan

Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan lagi resepi Terung Masak Merah Selasa lepas kami di bawah:

Dapatkan banyak lagi resepi lauk ayam yang lazat dan ringkas di bawah:

You may be interested in: