makan

Resepi Terung Masak Merah 'Simple' Ini Pasti Dapat Memikat Selera Keluarga. Unik & Sedap!

Resepi sayur Terung Masak Merah ini khas untuk penggemar makanan pedas!

Cover image via Seismik Makan

Sebut saja Ayam Masak Merah, sesiapa saja akan terliur kan?

Image via giphy.com

Masakan Masak Merah adalah hidangan sangat popular di Malaysia, tetapi pernahkah anda cuba masak sendiri lauk pedas ini menggunakan sayur terung?

Resipi ini sangat unik kerana ianya merupakan resipi keluarga dan sukar untuk dijumpai di mana-mana gerai makan. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur seperti cili kering, udang kering, bawang merah, bawang putih dan air asam jawa, anda boleh menghasilkan hidangan ini dengan cepat sekali.

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara memasak lauk Terung Masak Merah dengan ringkas:

RESIPI PENUH

Image via Seismik Makan

Saiz hidangan: Menyajikan 3-4 orang.
Masa penyediaan: 40 minit.

Bahan-bahan:

Image via Seismik Makan


Bahan- bahan tumisan: 

  • 1 genggam cili kering
  • 1 biji bawang merah
  • 1 sudu udang kering
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air 
Bahan-bahan lain:
  • Minyak masak 
  • 1 biji terung (saiz besar)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 biji bawang merah (bersaiz kecil, dihiris)
  • 1/4 cawan air asam jawa 
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Daun bawang (digunakan sebagai topping)

Image via Seismik Makan

Cara:

1. Kisarkan cili kering, bawang merah, udang kering, halia, bawang putih dan air sehingga lumat. 
Image via Seismik Makan
2. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan terung sehingga separuh masak dan berwarna keperangan. Ketepikan. 
Image via Seismik Makan
3. Menggunakan kuali yang sama, masukkan bahan tumisan, sos tomato, sos cili, bawang merah, air asam jawa, garam dan gula. Gorengkan seketika sehingga naik bau. 
4. Masukkan terung goreng dan renehkan masakan selama 5-10 minit, sehingga semua terung sudah lembut. 

Image via Seismik Makan
5. Terung Masak Merah sudahpun siap untuk dihidang bersama hirisan daun bawang untuk memberikan hidangan ini sedikit kesegaran.

Dimakan dengan nasi putih panas dan ayam berkuah lemak ni memang syok sangat. Cuba sekali, pasti nak lagi!

SELAMAT MENCUBA!

Image via Seismik Makan

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Image via Seismik Makan

Untuk dapatkan banyak lagi resipi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan lagi resepi Lauk Ayam Masak Halia Selasa lepas kami di bawah:

Dapatkan lagi resepi-resepi sayur-sayuran enak dan ringkas di bawah:

You may be interested in: