Cara Menghasilkan Oden Family Mart Homemade Menggunakan 2 Pes Murah Saja. Rasa Macam Ori!

Boleh la buat Oden ala Family Mart ini bila-bila masa saja. Murah & ringkas!

Kadang-kadang teringin je nak menikmati hidangan sup panas yang pedas dan mengenyangkan - terutamanya pada hari hujan sejuk ataupun lewat malam bila tak boleh tidur.

Syok betul apabila dimakan untuk memanaskan badan dengan serta merta!

Image via giphy.com

Semenjak pembukaan Family Mart di Malaysia, hidangan Oden, iaitu 'street food' tradisi Jepun menjadi rebutan ramai. Tidak kiralah waktu apa anda pergi, Family Mart sentiasa penuh dengan peminat Oden dan makanan-makanan Jepun lain yang dijual di sana. 

Tetapi, harga Oden agak mahal juga - satu mangkuk boleh mencecah RM10, mengikut bahan apa yang diambil anda.

Sebenarnya nak buat kat rumah senang je! Anda hanya memerlukan pes asam pedas dan pes tom yam untuk membuat sup oden, yang boleh dinikmati bersama sebanyak oden yang anda boleh makan!

Dengan bahan-bahan yang murah-murah belaka, anda boleh menikmati hidangan Oden bersama satu keluarga dengan menggunakan modal yang kecil sahaja. 

Tonton video di bawah untuk pelajari cara untuk membuat Oden dengan ringkas sekali:

RESEPI PENUH

Image via imgur.com

Bahan-bahan

Image via imgur.com

  • 2 sudu besar pes asam pedas
  • 3 sudu besar pes tom yam
  • Bahan-bahan oden (sebanyak mana mengikut citarasa sendiri)
  • Udon (optional)
  • Lidi kayu
  • Image via Seismik Makan

    Cara

    1. Dalam periuk, masukkan air sehingga separuh penuh. Masukkan 2 sudu besar pes asam pedas dan 3 sudu besar pes tom yam. Renehkan. 

    Image via giphy.com

    2. Cucuk bahan-bahan oden menggunakan bahan lidi.

    Image via giphy.com

    3. Masukkan bahan-bahan lidi yang telah dicucuk ke dalam sup, dan renehkan sehingga masak.

    4. Oden Homemade sudahpun siap! Anda boleh menikmatinya bersama mee Udon supaya hidangan lebih mengenyangkan! 

    Image via giphy.com

    Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

    Image via Seismik Makan

    Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

    Image via Seismik Makan

    Leave a comment