Resepi Ayam Pandan Thai Autentik & Sedap Menggunakan 12 Bahan Je. Kalah Restoran Thai!
Murah sangat nak buat resepi Ayam Pandan ini dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur!
Cakap je pasal makanan Thai selalu je orang sebut Ayam Pandan. Hidangan ini memang staple dan antara lauk yang paling popular di restoran-restoran Thai.
Tetapi sebenarnya senang dan sangat murah untuk dibuat sendiri di rumah!
Dengan perapannya yang hanya menggunakan beberapa bahan asas dapur, seperti bawang merah, halia, sos tiram, kicap cair dan gula perang, hidangan ini bukan sahaja cukup berperisa, malah sangat murah untuk dihasilkan!
Bahan-bahan
- 500 gram fillet ayam (dipotong kiub)
- 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
- 1 inci halia (dihiris nipis)
- 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 2 sudu kecil akar daun ketumbar (dihiris nipis)
- 2 sudu kecil serbuk biji ketumbar
- 2 sudu kecil gula perang
- 2 sudu kecil lada putih
- 2 sudu kecil sos tiram
- 2 sudu kecil kicap cair
- 1 sudu kecil minyak bijan
- Daun Pandan secukupnya
- Lidi kayu
Cara
3. Stim ayam selama 10 minit ataupun sehingga separuh masak.
Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!
Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!