Resepi Sayur Campur Udang, Brokoli & Jagung Sedap Tanpa Penggunaan MSG. Healthy Betul!
Resepi Sayur Campur Brokoli & Udang untuk menyempurnakan lagi meja makan anda.
Memang tak sah kalau makan nasi campur tanpa hidangan sampingan sayur goreng.
Frustrated betul bila dah beratur panjang-panjang di gerai hanya untuk mendapati sayur goreng kegemaran korang sudahpun habis.
Takpa, kali ni kami ajar korang macam mana nak hasilkan sayur goreng yang sangat simple di rumah dengan hanya menggunakan bahan-bahan basic dan sos tiram sebagai perasa. Sempoi sangat!
Resepi ini sesuai bila anda rasa malas untuk masak makan malam. Hidangan ini boleh disiapkan kurang daripada 15 minit dengan hanya menggunakan satu kuali sahaja. Nak kemas pun senang.
Memang puas jika dimakan bersama sepinggan nasi putih panas dan kicap manis!
Bahan-bahan
- 1 mangkuk udang
- 1 cawan brokoli
- 1 batang lobak merah
- ½ cawan jagung muda
- 1 cili merah
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu sos tiram
- Lada hitam secukup rasa
- Garam secukup rasa
Cara
3. Masukkan jagung muda dan brokoli. Gorengkan seketika.
5. Sayur Campur Udang sudahpun siap untuk dihidang!
Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!