Resepi Sotong Masak Kicap Ringkas & Lazat Untuk Penggemar Makanan Laut

Resepi ringkas ini dapat menghasilkan anda sotong masak kicap yang sedap sekali dalam kurang daripada 20 minit. Confirm licin pinggan!

Beberapa minggu yang lalu, kami sudahpun mengajar anda cara untuk menghasilkan lauk ayam klasik Malaysia, seperti resepi Ayam Goreng Kunyit dan Ayam Masak Halia. Perut anda pasti sudah berbunyi, kan?

Apa kata minggu ini anda cuba menghasilkan lauk seafood pula?

Image via Giphy

Lauk Sotong Masak Kicap ini pasti akan menggamit selera sesiapa saja dengan rasanya yang masam-masam manis dan teksturnya yang lembut. Sangat mudah untuk dibuat dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur, sesiapa pun boleh hasilkan lauk makanan laut segar ini. Campak-campak dalam kuali, dah siap. Simple sangat!

Sekali makan, pasti tambah lagi! 

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara membuat Lauk Sotong Masak Kicap dengan ringkas sekali:

RESEPI PENUH

Image via Seismik Makan

Saiz hidangan: Menyajikan 3-4 orang. 
Masa penyediaan: 20 minit.


Bahan-bahan

Image via Seismik Makan

  • 500 gram sotong (dibersihkan dan dihiris)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji cili merah (dihiris nipis)
  • 1 biji cili hijau (dihiris nipis)
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 4 sudu besar kicap masin
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam

Image via Seismik Makan

Cara

1. Dalam mangkuk, gaulkan sotong bersama serbuk kunyit sehingga rata.

Image via Seismik Makan

2. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian, masukkan bawang merah dan bawang putih, dan tumis sehingga naik bau. Masukkan sotong yang telah diperapkan tadi.

Image via Seismik Makan

3. Masukkan cili merah, cili hijau, kicap masin, air asam jawa, garam, gula dan lada hitam. Renehkan seketika. 

Image via Seismik Makan

4. Lauk Sotong Masak Kicap sudahpun siap untuk dinikmati! Hidangkan bersama taburan hirisan daun bawang untuk sedikit kesegaran! 

SELAMAT MENCUBA!

Image via Seismik Makan

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Image via Seismik Makan

Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Leave a comment