Resepi Daging Teriyaki Lada Hitam Yang Murah & Ringkas. 20 Minit Je Dah Siap!
Resepi Teriyaki Daging ini sempurna untuk dihasilkan untuk keluarga jika anda singkat masa.
Masa merupakan satu kemewahan yang sentiasa dikejari pada masa kini.
Kerana itu, kebanyakan orang selalunya terlalu singkat masa untuk menyediakan masa makanan untuk keluarga, lalu sentiasa memilih untuk keluar makan ataupun memesan keluar makanan dari restoran.
Ini menyebabkan kebanyakan orang di Malaysia mempunyai tabiat makan yang sangat kurang sihat. Ini boleh dikaitkan dengan pengambilan makanan yang mengandungi garam, gula dan bahan pengawet yang berlebihan.
Tetapi, masakan di rumah tak perlu menyusahkan anda sebenarnya. Kebanyakan masakan lauk boleh dihasilkan dalam kurang daripada 20 minit untuk menghidangkan seisi kkeluarga anda!
Resepi Daging Teriyaki ini bukan sahaja senang untuk dibuat, malah sangat bernutrisi dengan penggunaan bahan-bahan segar sahaja dan juga sayur-sayuran seperti brokoli dan lada benggala.
Dengan rasanya yang masin manis yang pasti dapat menggamit selera sesiapa sahaja, hidangan ini memang ngam untuk dinikmati bersama sepinggan nasi putih panas and telur mata meleleh. Padu betul!
Bahan-bahan
- 1/2 cawan air
- 1/4 cawan kicap cair
- 1/4 cawan gula perang
- 1 inci halia
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar madu
- 1/4 cawan air tepung jagung
- 2 sudu besar minyak
- 500 gram daging lembu
- lada hitam secukup rasa
- garam secukup rasa
- 1 cawan brokoli
- 1/2 biji lada benggala merah
- 1/2 biji lada benggala kuning
- 2 sudu kecil biji bijan
Cara
2. Masukkan 1/4 cawan air tepung jagung dan renehkan sehingga sos menjadi pekat. Ketepikan.
4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
6. Masukkan sos teriyaki & 2 sudu kecil biji bijan. Masakkan untuk seketika.
7. Daging Teriyaki Stir-Fry sudahpun siap untuk dihidang!
Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!
Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!