Resepi Sotong Kicap, Ikan Kung Pao & 6 Lagi Resepi Lauk Seafood Ringkas & Sedap
Hidangkan masakan makanan lauk istimewa tetapi simple ini kepada keluarga anda. Pasti licin!
1. Asam Pedas Kepala Ikan
Hidangan Asam Pedas Kepala Ikan ini memang menyelerakan. Ini kerana kuah asam pedas mempunyai rasa ikan yang sangat mantap. Resepi ini juga sangat memuaskan kerana mempunyai bendi dan tomato yang menyerap kuah asam pedas. Memang menyelerakan!
Dapatkan resepi penuh Asam Pedas Kepala Ikan di sini.
2. Sardin Masak Lemak
Resepi Sardin Masak Lemak ini memang sangat lain daripada yang lain tetapi hasilnya begitu memuaskan. Campuran sos sardin, santan dan bahan kisar yang pedas pasti akan menggamit selera anda. Wajib cuba!
Dapatkan resepi penuh Sardin Masak Lemak di sini.
3. Sambal Udang Petai
Dengar sahaja tentang Sambal Udang Petai, anda pasti akan terliur. Sama ada anda minat makanan pedas atau tidak, Sambal Udang Petai memang hidangan yang wajib di meja makan kerana isi udang yang manis memang sesuai dinikmati bersama sambal petai.
Dapatkan resepi penuh Sambal Udang Petai di sini.
4. Sotong Goreng Tepung
Resepi Sotong Goreng Tepung ini wajib dicuba kerana sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menyediakan batter dengan menggunakan telur, tepung gandum dan tepung jagung. Walaupun agak simple, resepi ini sungguh enak dan rangup. Pasti tambah berkali-kali!
Dapatkan resepi Sotong Goreng Tepung di sini.
5. Tom Yam Santan Seafood
Hidangan Tom Yam Santan Seafood yang creamy dan pedas ini pasti akan menggamit selera sesiapa sahaja. Rasa kuah tom yam yang dipenuhi rempah ratus seperti serai, lengkuas dan bawang putih memang sesuai dengan rasa seafood yang mantap. Sangat menyelerakan!
Dapatkan resepi penuh Tom Yam Santan di sini.
6. Sayur Campur Udang
Jika anda mahu menyediakan lauk sayur yang mudah dan lazat, anda wajib sekali mencuba resepi Sayur Campur Udang Ini. Resepi ini memang mudah kerana udang tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Bukan itu sahaja, resepi ini juga hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur seperti sos tiram. Senang sangat!
Dapatkan resepi penuh Sayur Campur Udang di sini.
7. Ikan Kung Pao
Jika anda inginkan resepi yang unik, anda wajib mencuba resepi Ikan Kung Pao ini. Rasanya seakan sama seperti lauk ikan masam manis tetapi apa yang membuatkan resepi ini menarik ialah rasa cili kering pedas yang menambahkan kick kepada hidangan yang unik ini.
Dapatkan resepi penuh Ikan Kung Pao di sini.
8. Sotong Masak Kicap
Hidangan Sotong Masak Kicap ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menggunakan bahan-bahan asas seperti kunyit dan kicap manis. Sotong pula diperap dengan kunyit untuk menambahkan rasa manakala cili merah dan cili hijau pula membuatkan resepi ini menjadi lebih enak.
Dapatkan resepi penuh Sotong Masak Kicap di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!