seismik

Lebih 10 Juta Views, Ini Dia 11 Resipi Terbaik Seismik Makan. Semua Orang Pun Mampu Buat!

Masak jangan tak masak!

Cover image via Seismik Makan

1. Kek Batik OREO

Kalau dah bosan dengan kek batik biasa, apa kata cuba resipi baru Kek Batik OREO pula. Mesti lagi mengancam! Kalau hidang kat kawan-kawan ni mesti diorang suka.

Video dimuat naik pada 26 April 2016. Artikel penuh di sini.

Tontonan: 2.2 juta
Share: 98 ribu

2. Churros

Jangan tak tahu, ada yang pergi lepak kat kafe hipster semata-mata nak makan Churros. Kalau harga lebih RM10 pun orang sanggup bayar. Lepas ni, dah boleh dah kalau nak buat sendiri kat rumah. Bukan susah pun!

Video dimuat naik pada 19 April 2016. Artikel penuh di sini.

Tontonan: 1.7 juta
Share: 75 ribu

3. Sambal Kicap, Sambal Belacan & Sambal Hijau

Sambal dan rakyat Malaysia memang tak dapat dipisahkan. Tak kiralah sambal jenis apa sekali pun, orang kita kalau boleh hari-hari kena ada sambal untuk dimakan dengan nasi dan lauk. Kan?

Video dimuat naik pada 29 Mac 2016. Artikel penuh di sini.

Tontonan: 1.4 juta
Share: 66 ribu

4. Ayam Goreng Kentucky

Sebut saja ayam KFC, semua orang jadi tak keruan. Rempah rahsia yang dipakai untuk menghasilkan ayam ini ternyata berjaya memikat lidah manusia di serata dunia. Walaupun cara kami hasilkan sedikit berbeza, tapi rasanya tetap sama! Korang serius kena try!

Video dimuat naik pada 2 Ogos 2016. Artikel penuh di sini.

Tontonan: 1 juta
Share: 43 ribu

5. Ais Krim Choki Choki

Choki Choki: satu jenama coklat kanak-kanak yang begitu sinonim dan dekat dengan kita semua. Siapa je yang tak kenal Choki Choki? Versi coklat pun orang dah suka, apatah lagi bila dijadikan ais krim. Memang sedap!

Video dimuat naik pada 3 Mei 2016. Artikel penuh di sini.

Tontonan: 1 juta
Share: 33 ribu

6. Indomie Pizza

Rakan kami dari Indonesia memberi satu idea resipi paling bernas iaitu gabungan Indomie dan Pizza dalam satu hidangan. Puff! Jadilah Indomie Pizza yang lazat dan lain dari yang lain. Serius, belum ada lagi mana-mana restoran yang menghidangkan resipi ini.

Video dimuat naik pada 9 Ogos 2016. Artikel penuh di sini.

Tontonan: 861 ribu
Share: 20 ribu

7. Kulit Ayam Goreng & Sos Salted Egg Yolk

Ehem, I can smell cholesterol. Selalunya, makanan-makanan yang tak berapa nak sihat ni lah yang sedap. Betul tak? Duduk kat Malaysia ni memang payah nak elak daripada makan makanan yang tak sihat. Asalkan sedap, kita makan je. Termasuklah yang ni. Hihi.

Video dimuat naik pada 23 Ogos 2016. Artikel penuh di sini.

Tontonan: 523 ribu
Share: 12 ribu

8. Thai Green Tea Latte

Sekarang ni, green tea semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Kalau anda perasan, sebelum ni mana ada orang mention pasal green tea sangat. Dan setelah popular, muncul pula resipi Thai Green Tea Latte yang benar-benar memikat. Nak buat pun senang!

Video dimuat naik pada 8 Mac 2016. Artikel penuh di sini.

Tontonan: 440 ribu
Share: 13 ribu

9. Onde Onde / Buah Melaka

Ada yang panggil Onde Onde, ada juga yang panggil Buah Melaka. Tak kisahlah mana-mana panggilan pun, kuih tradisional ini sememangnya merupakan salah satu kegemaran kita semua. Alang-alang dah suka, apa kata buat je terus kat rumah.

Video dimuat naik pada 16 Ogos 2016. Artikel penuh di sini.

Tontonan: 401 ribu
Share: 12 ribu

10. Masak Lemak Cili Api

Lauk lemak ni dimasak macam mana pun mesti sedap. Sebagai salah satu hidangan kegemaran orang ramai, mana boleh kalau kami tak tunjukkan cara nak buat. Walaupun simple, kami tetap tak abaikan keenakan dan originaliti resipi ini.

Video dimuat naik pada 31 Mei 2016. Artikel penuh di sini.

Tontonan: 344 ribu
Share: 12 ribu

11. Mangga Susu

Bulan Julai lalu, kami perasan ramai pula yang muat naik gambar Mangga Susu ke media sosial. Tiba-tiba saja minuman ini menjadi viral dan popular dalam sekelip mata. Tanpa membuang masa, kami pun cuba buat dan hasilnya memang cakap banyak pun tak guna.

Video dimuat naik pada 26 Julai 2016. Artikel penuh di sini.

Tontonan: 336 ribu
Share: 7 ribu

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via Seismik Makan

Shell Out anyone?

You may be interested in: