8 Resepi Ayam Ringkas & Lazat Anda Boleh Sediakan Untuk Makan Malam. Simple Je!
Dari ayam goreng hingga sup ayam, semua senang je!
1. Stew Ayam
Resepi Stew Ayam ini sangat memuaskan kerana mempunyai isi ayam, kentang dan cendawan yang sesuai dimakan begitu sahaja atau dinikmati dengan nasi. Resepi ini juga mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu tumis bahan-bahan dan renehkan untuk seketika sahaja.
Dapatkan resepi penuh Stew Ayam di sini.
2. Ayam Pongteh Nyonya
Resepi Ayam Pongteh ini sememangnya klasik sekali dan wajib dicuba. Gabungan pes taucu dan gula Melaka memberikan hidangan ini rasa yang sangat unik. Bukan itu sahaja, resepi ini ringkas sekali kerana menggunakan bahan-bahan asas dapur seperti bawang merah, bawang putih, kicap, pes taucu dan gula Melaka sahaja.
Dapatkan resepi penuh Ayam Pongteh di sini.
3. Ayam Masam Manis
Untuk resepi yang simple dan lazat, anda wajib sekali mencuba hidangan Ayam Masam Manis ini. Ayam yang digoreng rangup memang sesuai digandingkan bersama sos masam manis. Lebih-lebih lagi resepi ini mempunyai buah nanas yang menambahkan rasa manis kepada hidangan ini.
Dapatkan resepi penuh Ayam Masam Manis di sini.
4. Ayam Halia
Resepi Ayam Halia ini memang sangat mudah kerana hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur seperti serbuk kunyit, sos tiram, kicap cair, bawang dan halia. Cara penyediaannya juga sangat mudah kerana anda hanya perlu menggoreng ayam dan gaulkan ayam dalam sos sahaja.
Dapatkan resepi penuh Ayam Halia di sini.
5. Ayam Masak Lemak Kuning
Jika anda teringin menikmati lauk yang berkuah, hidangan Ayam Masak Lemak Kuning ini memang khas untuk anda. Resepi ini sangat ringkas untuk disediakan kerana anda hanya perlu tumis bahan-bahan kisar dan renehkan kuah santan bersama ayam. Memang lazat jika dinikmati dengan sepinggan nasi panas!
Dapatkan resepi penuh Ayam Masak Lemak Kuning di sini.
6. Ayam Goreng Kunyit
Kalau anda mahukan ayam goreng rangup tanpa disaluti tepung yang banyak, anda wajib sekali mencuba resepi Ayam Goreng Kunyit ini. Resepi ayam goreng ini menggunakan bahan-bahan seperti kunyit hidup, cili kering, halia, dan udang kering yang menaikkan lagi rasa ayam. Memang luar biasa!
Dapatkan resepi penuh Ayam Goreng Kunyit di sini.
7. Ayam Singgang
Resepi Ayam Singgang ini sangat menyelerakan kerana mempunyai bahan-bahan aromatik seperti halia, serai dan lengkuas. Resepi ini juga sangat memuaskan kerana mempunyai rasa pedas dan masam di samping dipenuhi dengan ayam dan bendi. Memang sedap!
Dapatkan resepi penuh Ayam Singgang di sini.
8. Ayam Pandan
Resepi Ayam Pandan ini pasti akan membuat anda terliur kerana aroma pandan pasti akan membuatkan dapur anda harum semerbak. Bukan itu sahaja, daging ayam juga diperap terlebih dahulu dengan sos tiram, minyak bijan, kicap cair yang menambahkan rasa kepada ayam. Sedap betul!
Dapatkan resepi Ayam Pandan di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!