Cara Ringkas Menghasilkan Pepero Homemade Menggunakan Kulit Popiah. Ranggup Sangat!

Hasilkan snek popular 'Pepero' dengan hanya menggunakan kulit popiah dan beberapa bahan asas lain saja menggunakan resepi ini. Boleh bertanding dengan snek ori nya!

Semestinya jika rakan sakan atau keluarga balik dari Korea (atau Langkawi ;P) akan bawa balik sekotak dua Pepero sebagai souvenir. Murah dan sedap sangat!

Image via giphy.com

Snek popular ini teramatlah lazat dan addictive dengan biskutnya yang cukup rangup, yang disaluti coklat dan topping. Tiada tandingan.

Tetapi sebenarnya, murah dan senang sangat jika anda hendak hasilkan versi pepero sendiri di rumah. Resepi kami ini hanya menggunakan kulit popiah, cokelat dan apa-apa topping kegemaran anda! Rangup tu memang rangup!

Snek ini sangat cantik untuk menghiasi dessert table anda di apa-apa acara istimewa seperti perkahwinan, mahupun sambutan hari jadi kanak-kanak. Pasti akan menjadi crowd-pleaser punya!

Tonton video di bawah untuk pelajari cara membuat Homemade Pepero dengan ringkas sekali:

RESEPI PENUH

Image via imgur.com

Bahan-bahan

Image via imgur.com

  • 1 pek kulit popiah bersaiz kecil
  • 1 pek cokelat semi-sweet
  • 1 pek cokelat putih
  • 1 pek kecil biscut oreo (krim dibuang, biskut dicincang halus)
  • 100 gram almond nibs 
  • Sprinkles warna-warni (apa-apa toppings kesukaan anda!)

Cara

1. Gulungkan 1 keping kulit popiah menggunakan batang lidi. Pastikan gulungan anda ketat. Gunakan air sebagai glue untuk melekatkan tepi kulit popiah.
2. Bekukan kesemua batang kulit popiah selama 1 jam.

Image via Seismik Makan

3. Panaskan minyak dan gorengkan batang kulit popiah menggunakan api perlahan, sehingga warna bertukar menjadi keperangan. 

Image via Seismik Makan

4. Dalam periuk asing, panaskan air dan cairkan cokelat menggunakan teknik double-boiler.
5. Salutkan biskut kulit popiah dengan cokelat yang telah dicairkan dan taburkan topping kesukaan anda. Sejukkan biskut pepero homemade pada suhu bilik untuk seketika. 
6. Homemade Pepero sudahpun siap untuk dinikmati! 

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Image via imgur.com

Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via says.com

Leave a comment