Nikmati Bufet Ramadan Hotpot Untuk RM29 Je Di Restoran Di PJ Ini. Lazat & Berbaloi!
Dapatkan daging premium unlimited dari Australia dan mi kolok untuk bulan Ramadan sahaja!
Jika anda ke Sarawak, anda wajib sekali menikmati semangkuk mi kolok. Hidangan ini sememangnya lain daripada yang lain!
Hidangan tradisi Sarawak yang popular ini memang unik sekali kerana mempunyai mi kuning yang anjal, hirisan daging, daun sawi, taugeh dan perencah seperti kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Semangkuk mi kolok selalunya dihidangkan bersama sup daging yang memang kaw.
Jika anda pernah cuba, anda pasti akan tercari-cari mi kolok asli di Semenanjung Malaysia. Teringin untuk cuba? Kami ada berita baik untuk anda!
Image via @nuromencafepj (Instagram)
Sempena Bulan Ramadan, Nuromen Cafe di Damansara Utama menghidangkan Beef Hotpot Buffet tanpa had hanya pada RM29 sahaja. Sangat berbaloi!
Nuromen Cafe memang terkenal di kalangan orang Sarawak kerana mereka menghidangkan masakan Sarawak yang asli dan melazatkan. Harga makanan yang dijual juga sangat berpatutan!
Lihat gambar-gambar yang menyelerakan di bawah:
Image via Seismik Makan
Image via Seismik Makan
Apa yang menarik tentang Beef Hotpot Buffet ini ialah mereka menggunakan sup tulang lembu yang direbus lebih dari 3 jam untuk rasa daging yang lebih mantap!
Image via Seismik Makan
Image via imgur.com
Mereka hanya menggunakan daging halal yang diimport dari Australia dan New Zealand kerana daging tersebut mempunyai rasa daging yang lebih mantap berbanding daging lembu lain.
Cara kegemaran kami untuk menikmati sup ini ialah dengan mencelur hirisan daging untuk beberapa saat sahaja. Rasa sup daging memang menyerlah sekali! Lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama hirisan daging yang tender dan cair dalam mulut. Memang nikmat!
Lihat sahaja betapa sedapnya kombinasi hirisan daging premium bersama sup daging. Memang meliurkan!
Selain dari hirisan daging premium, anda juga boleh mendapat hidangan-hidangan tambahan tanpa harga ekstra. Antara side dish kegemaran kami ialah Garlic Kolo Mee!
Image via Seismik Makan
Nuromen sememangnya sangat terkenal dengan mi kolok yang asli. Oleh itu, tidak mustahil bahawa Garlic Kolo Mee yang dihidangkan sangat melazatkan. Tesktur mi yang springy dan lembut memang sesuai digabungkan dengan bawang putih yang aromatik dan harum. Luar biasa!
Image via Seismik Makan
Image via Seismik Makan
Antara hidangan tambahan yang terdapat ialah sayur-sayuran seperti siew pak choy, taugeh, dan king oyster mushroom. Selain itu, anda juga boleh menambah daging seperti ayam ataupun perut lembu. Garlic Rice juga dihidangkan untuk anda yang menggemari nasi. Kami sangat berpuas hati dengan pilihan menu di sini!
Bukan itu sahaja, Nuromen Cafe juga menghidangkan air bandung, kurma dan ais krim percuma. Limited untuk bulan Ramadan sahaja!
Anda tercari-cari tempat untuk berbuka puasa? Dapatkan info penuh Nuromen Cafe di bawah:
Image via @nuromencafepj (Instagram)
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Dapatkan banyak lagi hidangan untuk bulan Ramadan yang unik dan berbaloi di sini:
Leave a comment