[VIRAL] Restoran Ini Menghidangkan Nasi Kukus Ayam Berempah Menggunakan Tin. Kena Cuba!
Anda juga boleh mendapatkan Tom Yam Seafood Air Kelapa Muda dan kambing bakar yang sangat lazat Restoran Seri Keningau, Shah Alam ini.
Nasi Kukus adalah salah satu hidangan tradisi yang mampu membuatkan sesiapa sahaja terliur. Meleleh beb!
Memang padu. Lebih-lebih lagi apabila dihidangkan panas-panas berwap bersama ayam goreng berempah rangup dan dibanjiri kuah kari yang cukup kaw!
Image via Giphy
Restoran Seri Keningau di Shah Alam kini sedang hangat diperbualkan di media sosial kerana mereka memperkenalkan Nasi Kukus Tonggek yang dihidangkan di dalam sebuah tin. Bukan biasa-biasa ya!
Lihat gambar-gambar di bawah:
Image via @abd_azeem11 (Instagram)
Image via Percutian Bajet-Bajet (Facebook)
Mengikut citarasa anda, anda boleh pilih untuk menikmati antara tiga variasi lauk nasi kukus, iaitu Nasi Kukus Ayam Tonggek (RM7.50), Nasi Kukus Sotong Tonggek (RM13.90) dan Nasi Kukus Siakap Terbang (RM27.90).
Dengan rasanya yang lazat, pembentangan yang cukup inovatif dan harganya yang sangat berpatutan, hidangan kreatif ini memang sangat berbaloi dicuba!
Terliur habis bila tengok video di bawah ini. Fuh!
Bukan itu saja, restoran ini juga turut menghidangan pelbagai hidangan tradisi Indonesia, masakan Thai dan masakan western. Tidak lupa juga kambing bakar mereka juga antara yang tersedap di Shah Alam.
Image via Instagram (@seri.keningau)
Dengan semua menu yang ditawarkan, anda harus berkunjung lebih dari sekali untuk mencuba kesemua hidangan sedap dan popular di sini.
Anda juga jangan terlepas peluang untuk merasai hidangan popular mereka yang lain seperti Nasi Kapal Karam. Ianya merupakan tom yam air kelapa muda yang dihidangkan dengan nasi variasa makanan laut dan nasi berwarna biru.
Selain itu, anda juga harus cuba hidangan Nasi Kambing Bakar London yang dihidangkan dengan nasi serai mewangi, sambal kicap air asam dan juga salad segar. Memang layan!
Image via Instagram (@seri.keningau)
Image via Instagram (@seri.keningau)
Dah terliur? Dapatkan info Restoran Seri Keningau di bawah:
Image via Instagram (@seri.keningau)
Cawangan Shah Alam
Alamat: Restoran Seri Keningau, No. 28-A, Jalan Pinang D18/D, Seksyen 18, 40200 Shah Alam.
Waktu Operasi: 7.30am - 11.00pm (setiap hari)
No. Telefon: 017-403 4212
Cawangan Meru Klang
Alamat: Restoran Seri Keningau, Batu 5 1/2 Meru, Klang (berdekatan SHELL Bt. 5 Meru)
Waktu Operasi: 7.30am - 11.00pm (setiap hari)
No. Telefon: 017-403 4212
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Dapatkan banyak lagi cadangan tempat makan menarik dan berbaloi di bawah:
Leave a comment