makan

10 'Port' Nasi Lemak Paling Popular Di KL Semua Penggemar Tegar Nasi Lemak Wajib Cuba

Salah satu daripada gerai nasi lemak ini sudah beroperasi lama dari tahun 1948!

Cover image via @afiq_nazar (Instagram) | @linlinsdiary (Instagram)

1. Nasi Lemak Tangling @ Taman Tasik Perdana

Nasi Lemak Tanglin

Image via @adie_salleh (Instagram)

Nasi Lemak Tanglin

Image via @_faezahnasir (Instagram)

Kalau bercakap tentang nasi lemak paling popular di Malaysia, semestinya Nasi Lemak Tanglin antara nama yang paling kerap didengari. Mereka menyajikan nasi lemak yang sangat autentik, aromatik dan menyelerakan dari tahun 1948. Antara hidangan lauk yang paling polular anda harus cuba di sini adalah sambal sotong dan paru goreng. Memang wajib cuba!

Alamat:
 Nasi Lemak Tanglin, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 7.00 pagi - 1.00 petang (setiap hari)

No. Telefon: +6019-397 2781

2. Nasi Lemak Mali's Corner @ Taman Bunga Raya

Mali's Corner

Image via @jiaoyi.my (Instagram)

Mali's Corner

Image via @farhana.ab.rahman (Instagram)

Jika anda beradadi sekitar Wangsa Maju, memang wajib anda kunjungi ke Mali's Corner ini untuk Nasi Lemak Ayam Goreng mereka yang memang popular. Ayam Goreng sini sangat rangup dan juicy kerana digoreng segar setiap 30 minit.Selain itu, anda juga memang wajib kena try Char Kuey Teow Basah di sini yang juga memang popular dan orang sentiasa beratur panjang untuk menikmatinya.

Alamat: Mali's Corner,  Gerai Makan Radziah, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, 53300, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 5.30 petang - 4.00 pagi (setiap hari)

No. Telefon: +6016-279 3088

3. Nasi Lemak Wanjo @ Kampung Baru

Nasi Lemak Wanjo

Image via @hanschai (Instagram)

Nasi Lemak Wanjo

Image via @dhaniculinary (Instagram)

Telah beroperasi selama lebih 55 tahun, Nasi Lemak Wanjo (dahulu dikenali sebagai Nasi Lemak Mak Wanjo) boleh dikatakan antara Nasi Lemak yang paling popular di KL. Bagi anda yang tidak menyukai sambal yang pedas, Nasi Lemak Wanjo ni memang sesuai untuk anda dengan sambal yang mempunyai rasa pedas dan manis. Tapi nasi lemak ini memang cukup flavourful apabila dimakan dengan lauk-lauk yang dihidangkan seperti limpa, sambal sotong, ayam goreng dan pelbagai lagi!

Alamat:
 Nasi Lemak Wanjo, 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6.30 pagi - 12.00 tengah hari | 3.00 petang - 1.00 pagi

No. Telefon: +6012-395 3884

4. Nasi Lemak CT Garden @ Kampung Baru

Nasi Lemak CT Garden

Image via @watie_z (Instagram)

Nasi Lemak CT Garden

Image via @hanschai (Instagram)

Nasi Lemak CT Garden ini merupakan salah satu hidden gem di KL yang terletak bersebelahan Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Dengan menggunakan resipi tradisi ibu pemilik, anda pasti akan menikmati nasi lemak autentik ini yang dibalut dengan daun pisang dan helaian surat khabar. Sangat sedap dan murah (hanya RM1 sebungkus), anda boleh menikmatinya dengan pelbagai lauk-pauk yang lazat seperti Rendang Daging, Telur Puyuh Sambal, Bergedil, Tempeh goreng sambal ikan bilis, Sardin sambal dan pelbagai pilihan lain!

Alamat: Nasi Lemak CT Garden, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
6.00 petang - 4.00 pagi (Isnin - Jumaat)
5.30 petang - 4.00 pagi (Sabtu & Ahad)

No. Telefon: +6019-367 8686

5. Nasi Lemak Saleha @ Taman Sri Rampai

Nasi Lemak Saleha

Image via @amrimatsaaid65 (Instagram)

Nasi Lemak Saleha

Image via @tinakhairani (Instagram)

Nasi Lemak Saleha ini berasalnya dari Kampung Pandan, tapi kerana ia sangat popular, telahpun mereka membuka cawangan ini di sri rampai. Restoran ini memang terkenal dengan nasi lemak ayam rendangnya, dan Kak Saleha (pemilik kedai) menggunakan resipi tradisi keluarganya untuk memastikan kesedapan hidangannya. Selain nasi lemak popularnya, anda boleh mendapat banyak lagi hidangan sarapan pagi tradisi di sini seperti pulut kuning, pelbagai kuih-muih Melayu, Mee Rebus Johor, Lontong dan banyak lagi. 

Alamat:
 Nasi Lemak Saleha, Pusat Perindustrian Sri Rampai, 8, Jln Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 7.00 pagi - 12.00 tengah malam (setiap hari)

No. Telefon: +03-4144 4880

6. Nasi Lemak Antarabangsa @ Kampung Baru

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

Image via @muhammadsadikin (Instagram)

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru

Image via @linlinsdiary (Instagram)

Memang confirm anda pernah dengar pasal Nasi Lemak Antarabangsa ini! Nasi lemak ini memang popular di KL, dan dikatakan nasi lemak kebanggaan penduduk Kampung Baru. Warung ini menghidangkan juadah nasi lemak dan juga lauk-pauk pelbagai variasi yang sememangnya cukup rasa. Sangat popular, anda juga boleh merasai nasi lemak popular ini di cawangan mereka di Bangsar, TTDI dan Kota Damansara.

Alamat:
 Nasi Lemak Antarabangsa, 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
6.00 petang - 12.00 pagi (Isnin)
12.00 tengah malam - 12.00 tengah hari | 6.00 petang - 12.00 tengah malam (Selasa - Ahad)

No. Telefon: +6011-5111 1991

7. R.A Nasi Lemak @ Kampung Baru

R.A Nasi Lemak

Image via @derpyluke (Instagram)

R.A Nasi Lemak

Image via @afiq_nazar (Instagram)

Terletak berdekatan Nasi Lemak Antarabangsa (di belakang stesen LRT Dang Wangi), anda juga wajib cuba warung R.A Nasi Lemak ini yang juga terkenal di sekitar Kampung Baru untuk nasi lemaknya yang lazat sekali. Nasi lemak ini dihidangkan secara self-servis, jadi anda boleh ambil sebanyak mana nasi, sambal dan lauk-pauk untuk memuaskan craving nasi lemak anda. Tapi, sebagaimana warung nasi lemak popular yang lain, anda harus beratur panjang dulu sebelum dapat menikmati nasi lemak ini. Tapi dengan harganya murah dan rasanya yang sedap, memang berbaloi untuk menunggu! 

Alamat:
 R.A Nasi Lemak 15, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 
6.30 pagi - 3.00 petang (Isnin-Jumaat)
6.30 pagi -12.00 tengah hari (Sabtu & Ahad)

No. Telefon: +6017-652 0059

8. Nasi Lemak Pak Hassan @ Bandar Wawasan

Nasi Lemak Pak Hassan

Image via @ahchay6703

Nasi Lemak Pak Hassan

Image via @eatout.kualalumpur (Instagram)

Warung Pak Hassan ini memang famous kat Kampung Baru untuk 2 benda, iaitu nasi lemak ayam yang sangat lazat dan juga roti canai yang cukup istimewa yang dihidangkan dengan kari kaki ayam yang cukup sedap! Warung ini telah beroperasi lebih daripada 70 tahun, dan diniagai oleh keluarga Pak Hassan sendiri. Lauk nasi lemak yang paling digemari olen pengunjung warung ini adalah sambal sotong dan ayam masak merahnya yang memberikan rasa manis pedas yang sangat balanced

Alamat:
 Nasi Lemak Pak Hassan, 47, 39, Jalan Raja Abdullah, Bandar Wawasan, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6.00 pagi - 6.00 petang

9. Nasi Lemak Tepi Jalan 1996 @ Jalan Dutamas

Nasi Lemak Tepi Jalan 1996

Image via @nasilemaktepijalan_1996 (Instagram)

Nasi Lemak Tepi Jalan 1996

Image via nasilemaktepijalan_1996 (Instagram)

Jika anda berada di sekitar Cheras pula, anda WAJIB berkunjung ke restoran nasi lemak ini yang famous dengan Nasi Lemak Lobster yang telah viral pada tahun lepas! Harga Nasi Lemak Lobster sedikit mahal, tapi sangat berbaloi untuk mencubanya!

Alamat: 28-G, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
9.30 pagi - 12.30 tengah malam (Setiap hari, kecuali Rabu)
12.00 tengah hari - 12.30 tengah malam (Setiap Rabu)

No. Telefon: +03-9082 0680

10. Pak Omar Nasi Lemak @ Solaris Dutamas

Pak Omar Nasi Lemak Champion

Image via @pakomarchampion

Pak Omar Nasi Lemak Champion

Image via @afzalsukasuki (Instagram)

Jika anda di Publika, anda memang kena kunjungi Nasi Lemak Champion Pak Omar. Hidangan istimewa di sini adalah set Nasi Lemak Jumbo (3-4 orang) mereka yang dihidangkan dengan lauk ayam berempah, rendang kambing, sayur kangkung, sambal sotong dan 3 mangkuk nasi yang cukup berlemak. Hidangan ini memang cukup padu dan memang puas makan bersama rakan-rakan!

Alamat:
 Pak Omar Champion Nasi Lemak Kukus, Block A1-G2-07, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 9.00 malam (Isnin - Sabtu)
10.00 pagi - 5.00 malam (Setiap Ahad)

Ada lagi 'port' nasi lemak kesukaan anda yang tidak disenaraikan dalam list ini? Share dengan kami di ruangan komen di bawah! ;D

Anda wajib cuba Nasi Lemak Lobster di PJ ini! Dapatkan info di bawah:

Checkout banyak lagi restoran-restoran menarik di sekitar KL di bawah:

More stories to read: