Nikmati Nasi Kerabu, Nasi Dagang & 10 Jenis Gulai Autentik Kelantan Di Gerai Di KL Ini
Mereka menghidangkan 10 jenis gulai, termasuklah Gulai Itik, Gulai Kaki Ayam dan Gulai Ikan Tongkol!
Memang susah nak jumpa makanan Kelantan yang sedap dan murah di KL
Kebanyakannya hanya boleh dijumpai di shopping complex, tapi harganya selalu terlampau mahal untuk portion yang kecil, tak cukup rasa, dan tak memuaskan.
Untuk memuaskan keinginan anda, Restoran Kak La Nasi Berlauk menghidangkan pelbagai juadah tradisi Kelantan dan adalah satu hidden gem masakan pantai timur di KL!
Sangat popular di Padang Balang, anda haruslah datang seawal 7 pagi untuk menikmati hidangan tradisi Kelantan mereka, kalau tak confirm kena beratur panjang!
Anda wajib cuba Nasi kerabu dan Nasi Dagang di sini yang merupakan antara yang paling terbaik yang boleh didapati di KL
Hidangan Nasi Kerabu mereka memang lengkap di sini. Anda boleh menikmatinya dengan ikan celup tepung, daging bakar, solok lada, tumis budu, telur masin dan keropok goreng!
Apa yang best juga, mereka menghidangkan nasi berlauk dan 10 jenis kuah, termasuklah Gulai Itik, Gulai Kaki Ayam, Gulai Ikan Tongkol
Resipi yang digunakan adalah daripada ibu pemilik kedai sediri. Memang semuanya cukup rasa authentic masakan kampung Kelantan.
Semua masakan dan lauk-pauk mereka dibuat fresh setiap hari seawal 3 pagi untuk memastikan kesegaran dan keenakan masakan dijamin.
Jangan lupa try out kuih-muih traditional Kelantan di sini juga, termasuklah kuih yang rare seperti Akok Telur, Cek Mek Molek, Lepat Pisang, Lopes dan macam-macam lagi
Untuk makan tengah hari pula, anda boleh cuba hidangan daging bakar mereka yang dibakar dengan api kayu arang setiap hari
Mereka hanya mula menghidangkan daging bakar dari pukul 12. Tapi kena cepat, hidangan ini cepat habis selepas saja dikeluarkan.
Memang cukup berselera menikmati hidangan lunch set mereka yang dilengkapi dengan nasi putih, telur dadar dan sambal yang cukup pedas!
Mengidam dah? Dapatkan info tentang Kak La Nasi Berlauk di bawah:
Alamat: 51100, 653, Jalan Changkat, Sentul, 53000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 7.30 pagi - 12.00 Tengah hari (tutup hari Khamis)
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!