Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

10 Sebab Anda Wajib Bawa Family Ke Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-10!

Paling best, masuk adalah PERCUMA. 4 hari je guys, jangan terlepas!

Cover image via Event Brite

Seperti yang anda sedia maklum, Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-10 bakal berlangsung dan menampilkan belon udara panas dari seluruh dunia dari 28 hingga 31 Mac ini

Image via My Balloon Fiesta

Sebanyak 20 belon udara panas telah diterbangkan di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya sempena hari pembukaan Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke-10 hari ini, 28 Mac 2019.

Menurut laporan, belon-belon berkenaan diterbangkan oleh juruterbang dari 14 negara termasuk Sepanyol, Slovakia, Brazil, Australia, Jepun, Belgium, Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan dan Taiwan.

Ianya dilakukan sebagai pembuka tirai festival yang bakal berlangsung selama empat hari ini. Memang meriah!

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata beliau menjangkakan lebih 200,000 pengunjung akan memeriahkan fiesta yang bakal berlangsung selama 4 hari ini

Image via Gaya Travel

“Apa yang menariknya, pada fiesta kali ini kita akan mengembalikan acara ‘night glow’, yang mana belon udara panas akan dinyalakan secara serentak mengikut iringan muzik dan pertunjukan bunga api."
Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Harga tiket akan dijual bermula dari RM15 hingga RM300, bergantung kepada acara yang bakal disertai oleh pengunjung sendiri.

Ingin tahu apa yang menarik di Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-10? Di bawah adalah 10 sebab kenapa anda WAJIB pergi!

1. Launching Field Access

Ini adalah akses ke Zon Biru di mana belon akan terbang. Dalam zon ini, pelawat dapat melihat belon dengan lebih dekat termasuklah proses bagaimana belon udara panas dinaikkan hinggalah beterbangan. Ia juga merupakan satu-satunya peluang untuk mereka yang menggemari fotografi dan pakar “selfie”.

Image via My Balloon Fiesta

2. Night Glow + Kit oleh Oppo

Tahun ini, acara Night Glow dibawa khas oleh Oppo. Terdapat artis undangan khas yang bakal mengadakan persembahan pada malam Sabtu. Manakala kemuncak acara ini merupakan pesta dimana api belon udara panas akan mengikut rentak lagu dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Image via My Balloon Fiesta

3. MyBalloonClub oleh Gamuda Land

Aktiviti istimewa belon udara panas yang hanya berlangsung pada hujung minggu adalah MyBalloonClub oleh Gamuda Land.

Satu-satunya cara untuk menaiki belon udara panas bertambat yang juga dikenali
sebagai “tethered balloon ride”, pengunjung dapat menikmati sarapan pagi beserta persembahan jazz di ruang eksklusif sambil menyaksikan belon berlepas pada waktu pagi.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk menyaksikan penampilan belon Gamuda untuk julung kalinya!

Image via My Balloon Fiesta

4. Bersantai di Zon Merah Jambu

Nikmati hidangan sarapan lazat bersama keluarga dan rakan-rakan anda sambil menyaksikan pemandangan belon berterbangan di atas langit. Picnic Area adalah salah satu tempat bersantai yang selesa di pesta.

Image via My Balloon Fiesta

5. Pavilion Seni Belon Berinteraktif

Pastikan anda melawat ke pavilion seni belon berinteraktif, “Balloon Discovery Centre” di kawasan tengah Zon Merah. Anda juga berpeluang untuk mengambil gambar dan memenangi pelbagai barangan percuma di khemah korporat.

6. Juadah makanan dan minuman di Zon Ungu

Sebanyak 80 gerai dan 20 trak makanan akan menjadi sebahagian daripada Love Food Fest di MyBalloonFiesta dengan jaminan kepuasan bereneka selera. Sekiranya anda penggemar makanan, inilah tempatnya!

7. Tujuh belon berbentuk khas, wah!

Wakil Sepanyol, Jepun, Brazil, Slovakia, Belgium serta Taiwan tahun ini hadir bersama belon berbentuk khas mereka untuk menceriakan pengunjung menyaksikan belon-belon ini mewarnai Putrajaya!

Pastikan anda mengambil gambar bersama belon berbentuk Pink Gnome, badut bernama Bruno, gajah bernama Princess Nelly, beruang “OhBear”, Tako si sotong merah dan belon “Heart” shaped di Zon Biru!

8. Fun Zone di Zon Kuning

Terdapat banyak aktiviti yang menarik sesuai untuk semua peringkat umur. Pelawat berpeluang untuk bermain Pedal Go-kart, Zorb Ball, Reverse Bungee, Inflatable Trampoline, Water Orb, memanah dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti sampingan ini disediakan sepanjang hari.

9. Penerbangan belon komersial

MyBalloonAdventure menawarkan pernerbangan belon udara panas komersil bersama-sama semua belon yang menyertai fiesta ini.

Peluang ini amatlah berharga, jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk
mendapatkan slot anda melalui www.myballoonadventure.com.

10. Acara PERCUMA untuk semua

Kemasukan adalah percuma dan sesuai untuk semua lapisan umur. Semua kawasan boleh diakses tanpa tiket kecuali Zon Biru.

Walau bagaimanapun, anda boleh dapatkan tiket di tapak acara selagi stok masih ada!

Excited tak untuk pergi ke Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-10 ini?

Lihat dan semak check-list untuk dibawa ke sana nanti:

Image via My Balloon Fiesta

Layari www.myballoonfiesta.com atau ikuti laman Facebook mereka - Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta dan akaun Instagram & Twitter, Myballoonfiesta.

Jumpa anda di sana!

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Wah, salute!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment