Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

11 Beg Tangan, Jam Tangan Mewah Antara Barangan Yang Disita Dari Rumah Vivy & Fadza

Difahamkan, ada beg tangan milik Vivy mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Cover image via @vivyyusof (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rumah kediaman pasangan suami isteri yang juga pengasas platform e-dagang, Fashion Valet iaitu Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar telah diserbu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, 6 November

Menurut laporan Harian Metro, seorang sumber memberitahu pasangan tersebut hadir ke SPRM jam 1 petang untuk menyambung memberi keterangan kemudiannya dibawa ke kediaman mereka pada jam 5.30 petang bagi tujuan pembongkaran.

"Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan berkenaan.

"Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000," katanya.

Image via @vivyyusof (Instagram)

Pasangan berkenaan dilaporkan hadir lagi ke SPRM hari ini jam 10 pagi untuk sambung memberi keterangan

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pembongkaran tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, Vivy dan suami selesai dirakam percakapan selepas beredar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam.

Pasangan itu yang menaiki kenderaan MPV hitam dilihat beredar pada 4.23 petang selepas tiga jam memberi keterangan.

Suami isteri itu hadir sekali lagi hari ini untuk menyambung rakaman percakapan susulan kerugian pelaburan dana Khazanah Berhad Nasional (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Walau, bagaimanapun cubaan media untuk menemubual mereka gagal selepas kenderaan membawa kedua-duanya tidak berhenti dan terus meninggalkan Ibu Pejabat SPRM.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment