13 PKS Tempatan Dapat Manfaat, ATLAS Vending Lancar Kempen Sapot SME Sempena Hari Malaysia
13 PKS dari 13 negeri di Malaysia dipilih untuk menyertai pelancaran kempen ini.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pengendali mesin layan diri makanan dan minuman terbesar di Malaysia dan Singapura, ATLAS Vending Malaysia Sdn Bhd (ATLAS Vending) melancarkan kempen Sapot SME sempena Hari Malaysia baru-baru ini
Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik Covid-19 untuk mengembangkan perniagaan di samping menyokong produk tempatan.
Menurut, Ketua Pemasaran dan Perniagaan Sampingan ATLAS Vending, Amy Gan, kempen itu diharapkan mampu menyokong usahawan dan meningkatkan keazaman mereka untuk terus bertahan pada saat-saat sukar ini.
“Sempena Hari Malaysia, kami di ATLAS Vending mahu melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik ini. Kami dapati bahawa ramai usahawan tempatan terpaksa mengecilkan skop pelan perniagaan mereka, akibat masalah logistik bekalan, kos sewaan dan pengurangan waktu operasi.
Image via ATLAS Vending
“Oleh itu, kami bercadang untuk menawarkan mesin layan diri kami sebagai saluran jualan berautomasi bagi membantu meluaskan lagi jangkauan mereka. Kami memilih Sapot SME sebagai tema untuk kempen ini kerana Persatuan PKS Malaysia mendapati bahawa 100,000 PKS telah menutup perniagaan mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020.
“Selain itu, 50,000 lagi PKS berisiko untuk gulung tikar jika PKP 3.0 kali ini dilanjutkan lagi. Menerusi kempen Sapot SME, kami berharap untuk meraikan semangat Malaysia dengan menyokong para usahawan di seluruh negara dan keazaman mereka untuk terus bertahan,” katanya.
Sebanyak 13 rakan PKS telah dipilih dari seluruh negeri dan menawarkan mereka mesin layan diri percuma selama tiga bulan
Image via ATLAS Vending
“Kami memilih 13 rakan PKS untuk kempen ini yang setiap satunya mewakili PKS dari setiap negeri di Malaysia sebagai lambang kesatuan yang dimiliki dan menawarkan mereka mesin layan diri sebagai saluran runcit automatik. Ia akan digunakan secara eksklusif oleh setiap PKS dan akan dipenuhi dengan rangkaian produk mereka, yang merupakan produk kegemaran tempatan.
“ATLAS Vending akan menyokong mereka selama tiga bulan ke hadapan bermula Hari Malaysia iaitu pertengahan September, PKS akan dapat menggunakan mesin layan diri tanpa sewa dengan perkhidmatan pengisian semula yang percuma. Keuntungan yang diperoleh akan dinikmati sepenuhnya oleh mereka,” katanya.
Image via ATLAS Vending
Jelas Amy lagi, maklum balas baik turut diterima pihaknya daripada PKS yang terlibat kerana ia nyata membantu menghidupkan kembali perniagaan yang sudah lama terjejas.
“Kami gembira dengan maklum balas dan semangat daripada PKS. Sebahagian besar mengalami penurunan penjualan terutamanya yang bergantung kepada pelancongan tempatan dan terkesan akibat sekatan perjalanan.
“Manakala bagi sesetengah rakan PKS yang hanya mempunyai perniagaan dalam talian dan belum pernah mencuba saluran jualan secara fizikal sebelum ini, keupayaan untuk menjual produk secara fizikal melalui mesin layan diri yang dikhaskan untuk jenama mereka yang disediakan oleh ATLAS Vending, adalah satu pencapaian yang bermakna,” katanya.
Berikut di bawah adalah antara senarai 13 PKS yang terlibat dalam kempen Sapot SME daripada ATLAS Vending kali ini:
1. Madina Food (Perlis)
Image via ATLAS Vending
2. Nature's Fresh (Kedah)
Image via ATLAS Vending
3. Yee Hup Hiong Piah (Perak)
Image via ATLAS Vending
4. TalentCook (Pulau Pinang)
Image via ATLAS Vending
5. TFN (Selangor)
Image via ATLAS Vending
6. myEureka (Melaka)
Image via ATLAS Vending
7. Rehan (Negeri Sembilan)
Image via ATLAS Vending
8. Azhar Food (Johor)
Image via ATLAS Vending
9. Tokey Sambal Hitam (Pahang)
Image via ATLAS Vending
10. Anopokku (Terengganu)
Image via ATLAS Vending
11. Akifcafe (Kelantan)
Image via ATLAS Vending
12. Heera Enterprise (Sabah)
Image via ATLAS Vending
13. Lee Fah Mee (Sarawak)
Image via ATLAS Vending
KL Sentral jadi lokasi untuk tempatkan 13 mesin layan diri ini kerana ia merupakan hab perjalanan utama di Lembah Klang
Image via ATLAS Vending
Kempen Sapot SME hanyalah fasa pertama dalam rancangan ATLAS Vending untuk memperkenalkan mesin layan diri terbaru di seluruh Malaysia apabila menawarkan lebih banyak pilihan selain daripada minuman dan makanan ringan yang biasa dijual.
“Menerusi pengenalan mesin layan diri ATLAS Minit Mart ini, para pengguna di Malaysia boleh mendapatkan produk yang biasa mereka beli di kedai serbaneka dan pasar mini menerusi mesin layan diri berautomasi yang beroperasi 24 jam setiap hari.
“Daripada mi segera hinggalah kepada sambal, perencah dan rempah ratus yang diperlukan untuk memasak, beraneka jenis makanan ringan bergoreng tempatan, buah-buah kering, bertih jagung serta brownies, termasuk produk lain seperti ice blended milkshakes. Produk yang ditawarkan menerusi ATLAS Minit Mart ini akan mengubah konsep mesin layan diri dalam minda rakyat Malaysia,” ujarnya.
Untuk maklumat lanjut atau peluang kolaborasi, orang ramai boleh menghubungi ATLAS Vending di talian 1300 1300 61 atau laman rasmi Facebook di https://www.facebook.com/atlasasia.co.
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment