5 Kerenah Yang Hanya Wujud Pada Bulan Ramadan. Jangan Tipu, Korang Mesti Macam Ni Jugak!
Perangai perangai... Ish!
Artikel ini ditaja oleh Nescafe.
Bulan Ramadan merupakan bulan suci yang dinantikan umat Islam seluruh dunia
Image via Make A Gif
Pada bulan inilah kita diajak untuk memperbanyak amal ibadat selain menahan lapar dan dahaga. Nak kejar keberkatan bulan yang mulia ni. Bukan senang, tahun depan belum tentu jumpa! Tapi disebabkan bulan puasa ni hanya setahun sekali, selalu terjadi momen lucu sama ada anda terlupa tengah puasa atau tak tahan sangat nak berbuka puasa.
Kami kongsikan 5 ragam yang anda boleh 'relate' pada bulan Ramadan ini. Amacam, korang macam ni juga ke? Hehe.
1. Terlajak nak sahur, sedar je dah azan Subuh
Image via Giphy
Disebabkan waktu bersahur adalah pada awal pagi, mesti pernah terlajak tidur sampai tak bersahur. Lagi sedih kalau sedar masa tengah azan Subuh. Bagi anda yang dah biasa berpuasa, mungkin rasa takda hal pun kalau tak bersahur. Tapi kalau jenis yang berpuasa masa bulan Ramadan je, mesti berguling nak tunggu waktu berbuka kan? Nasiblah...
2. Dah fikir dah nak berbuka makan apa. Kemain awal lagi!
Image via Giphy
Baru pukul 10 pagi dah fikir nak masak ke beli je untuk berbuka? Perangai apa ni? Mungkin setakat planning awal tak apa lagi, tapi kalau sampai pengaruh orang untuk sama-sama usha makanan untuk berbuka puasa, sampai semua jadi lapar. Baik mengaku ada buat tak perangai macam ini?
3. Hantu bazaar Ramadan
Image via OHBULAN!
Puasa dan bazar merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Setiap kali tibanya bulan puasa, bazar Ramadanlah yang paling dinantikan. Di sanalah anda boleh jumpa kuih-muih tradisional, ayam bakar, ayam golek, nasi ayam penyek dan pelbagai jenis air kat satu tempat. Alang-alang bulan puasa ni mengajar kita erti kesabaran dan menahan nafsu, janganlah membazir semasa berbelanja. Beli ala kadar je, sekadar kenyangkan perut sudahlah.
4. Asyik tengok jam je, macam pertama kali puasa. Ish!
Image via Giphy
Jangan ingat dah besar tak buat perangai. Makin tua kadang-kadang perangai berpuasa mengalahkan budak-budak. Asyik tengok jam je, sebab tak sabar nak tunggu waktu nak berbuka. Paling parah bila tinggal sejam dua sebelum berbuka, asyik tanya pukul berapa. Gaya lapar macam sebulan tak makan.
Siapa ada kawan macam ni? Memang perlukan kesabaran yang tinggi nak layan dia.
5. Waktu berbuka, teguk air kalau boleh nak habiskan satu jag. Dahaga sangat tu!
Image via Giphy
Lepas seharian berpuasa, waktu berbuka pastinya dinantikan semua. Dapat pula air manis dan berais, pastinya dapat memberikan rasa lega. Dapat pula minum air favourite memang layan!
Nak pula dapat NESCAFÉ Smoovlatte dengan rasa kopi yang lemak berkrim, mesti puas punyalah untuk buka puasa. Sekali teguk je boleh habis.
Kekal Smoov Sepanjang Ramadan dengan NESCAFÉ Smoovlatte ~
Image via Nescafe
Seharian berpuasa NESCAFÉ Smoovlatte pastinya dapat membantu anda kekal fokus sepanjang hari. Pastikan anda sentiasa ada sebotol NESCAFÉ Smoovlatte sebagai persediaan untuk berbuka puasa di mana saja.
Kalau tersangkut dalam kesesakan jalan raya atau tak sempat sampai di kedai pada waktu berbuka, NESCAFÉ Smoovlatte boleh membantu mengalas perut, tak adalah kena tahan lapar sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.
OH! Untuk pengetahuan anda, sempena Ramadan ni juga, NESCAFÉ Smoovlatte berbesar hati mengedarkan 500 botol NESCAFÉ Smoovlatte setiap hari di 25 lokasi terpilih sekitar Lembah Klang untuk sama-sama meraikan kedatangan bulan mulia ini.
Kalau anda ingin tahu lebih lanjut di mana lokasi edaran NESCAFÉ Smoovlatte ini, boleh lihat di bawah:
Image via Nescafe
NOTA: Edaran akan dibuat mulai 7pm sehingga 9.30pm ya. Jangan lepaskan peluang untuk berbuka bersama NESCAFÉ Smoovlatte! :D
Ok, ini best!
Leave a comment