Balik Kerja Awal Dan 9 Lagi Benda Yang Paling Kita 'Excited' Setiap Kali Ramadan
Lapar tapi seronok!
1. Pakcik ni
Barangkali budak-budak zaman sekarang tak boleh nak relate sangat kot dengan pakcik berstatus legend ni. Kalau dulu sebelum zaman Internet, memang pakcik ni lah yang kita semua tunggu-tunggu muncul di kaca tv untuk buat pengumuman puasa dan Raya. Pernah jugak terjadi di mana kita semua ingat Raya lagi dua hari, sekali pakcik ni umum Raya esok! Fuuhhh happening terus satu rumah bersorak.
2. Tak payah fikir 'makan kat mana' masa lunch
Soalan 'Makan kat mana?' ni serius boleh buat orang stress. Sepanjang Ramadan, nampaknya bolehlah kurangkan stress tu sikit pada waktu tengahari sebab tak payah fikir pasal lunch. Tapi malangnya, soalan tu akan menghantui semula pada waktu petang bila kawan-kawan nak ajak berbuka sama. Tak boleh lari jugak rupanya hehe.
3. Boleh balik kerja awal!
Yahoo! Seronok betul dapat balik awal. Dalam pukul 4.30 petang macam tu office dah kosong dah sebab semua sibuk nak balik rumah untuk prepare juadah berbuka puasa. Tak payah menghadap bos lama-lama setiap hari hehe. Alang-alang dah balik awal, bolehlah singgah ke bazar kejap untuk beli apa yang patut.
4. Bazar and fooooooood!
Allahu, sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan untuk kita bersederhana. Tapi godaan makanan dan minuman yang ada di bazar terlalu sukar untuk ditolak. Maklumlah, ada sesetengah menu hanya wujud pada bulan Ramadan sahaja. Jadi mana boleh lepaskan peluang untuk menjamu selera setahun sekali! Asalkan tak membazir ya.
5. The terawih vibe
Yang ni agak susah sikit nak terangkan tapi kita semua pasti akan rasa the terawih vibe bila kita pergi ke masjid. Seronok rasanya tengok ramai orang pergi ke masjid untuk solat berjemaah bersama-sama, lepas tu tengok gelagat kanak-kanak bermain riang, moreh pula lepas dah habis terawih. Seluruh suasana ini memang takkan dapat pada bulan-bulan lain.
6. Reunion time!
Tak sah kalau kita tak buat berbuka reunion dengan kawan-kawan setiap kali Ramadan. At least mesti ada sekali. Memang seronok sangat dapat jumpa balik kawan-kawan atau ahli keluarga yang dah lama tak jumpa. Masa ni lah nak catch up balik dengan semua orang. Lepas dah habis berbuka, sambung pulak pergi shopping sama-sama sampai kedai tutup. Best!
7. Masa untuk kurus... katanya :P
Misi Ramadan 2017: Nak kurus
Misi Ramadan 2018: Nak kurus
Misi Ramadan 2019: Nak kurus
Tiap-tiap tahun pasang niat dan misi yang sama setiap kali Ramadan tapi malangnya ramai yang gagal. Mana tak nya, hari-hari berbuka makan sedap-sedap sampai bersandar. Tak cukup dengan nasi, ayam percik lagi, kebab lagi, kuih muih lagi, cendol lagi, roti jala lagi, air-air manis lagi, dan senarai ni tak pernah putus.
Tapi buat yang berjaya turunkan berat badan, kami salute semangat anda. Mungkin boleh repeat lagi tahun ni?
8. Rajin sentuh dan baca Al-Quran
Alhamdulillah, inilah istimewanya Ramadan. Kalau bukan sebab bulan yang mulia ni, Al-Quran kat rumah letak je atas rak tanpa disentuh pun, sampai berhabuk jadinya. Allahu, semoga kita semua dapat menjadi hamba yang lebih mulia di sisi-Nya. Dan kalau boleh nak terus istiqamah baca Al-Quran walaupun lepas habis Ramadan. Jom?
9.Shopping! Dan diskaun sana sini!
Kalau korang masih ingat jeritan 'SHOPPING!' dalam cerita White Chicks, memang itulah apa yang kita rasa bila Ramadan dah nak habis, terutamanya kaum Hawa. Masa ni, semua kedai buat sales dan bagi diskaun kaw-kaw! Habis penuh dan sesak semua pusat membeli-belah sampai susah nak cari parking. Serius dahsyat!
10. Tanda Raya dah nak dekat
Salah satu sebab bulan Ramadan ni best ialah Hari Raya yang bakal tiba. Ada ke orang yang tak suka Hari Raya? Confirm semua pun suka! Bila dah pertengahan Ramadan, masing-masing dah tak sabar nak sambut Raya, ditambah pulak dengan dendangan lagu-lagu Raya yang berkumandang di corong-corong radio dan supermarket, terus rasa nak habiskan Ramadan cepat-cepat.
Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua Muslimin Muslimat. Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. :)