Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Johor Ada Kilang Kondom Terbesar Dunia - Ini 8 Fakta Tentang Kondom Yang Ramai Tak Tahu

Hebat Johor!

Cover image via bustle.com

Kondom merupakan satu kaedah kawalan kehamilan dan pencegahan penyakit kelamin (STD) yang biasa dan berkesan ketika melakukan hubungan seksual

Image via verywellhealth.com

Selain digunakan untuk mengawal kelahiran dan mencegah penyakit, di sini kami senaraikan 8 fakta tentang kondom yang menarik dan mengujakan.

1. Berapa lama kondom digunakan?

Kondom telah digunakan sejak 15,000 tahun yang lalu. Kondom yang paling tua telah dijumpai di Sweden dan ia diperbuat daripada usus babi.

2. Kondom tidak boleh mencegah penyakit kelamin dan kehamilan 100%

Image via bustle.com

Tahap peratusan bagi keberkesanan kondom dalam mencegah STD dan kehamilan hanya 97%, iaitu merupakan peratusan tertinggi di antara kaedah pencegah yang ada. Kes ralat mungkin berpunca dari sebab seperti penggunaan yang salah dan kondom yang sudah luput.

Kondom berkesan untuk mencegah STD, penyakit HIV dan kehamilan. Jadi penggunaan kondom penting ketika melakukan hubungan seksual untuk melindungi kesihatan diri dan pasangan. Jika terdapat alahan selepas menggunakan kondom, haruslah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

3. Di manakah pengeluar terbesar kondom?

Image via blogspot.com

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kilang penghasilan kondom terbesar, yang membekalkan 25% bahagian pasaran dunia. Selain itu, Amerika Syarikat merupakan negara penggunaan kondom terbesar di dunia.

4. Bagaimana kondom dihasilkan?

Secara umumnya, sejak tahun 1920, kondom dihasilkan daripada lateks dan mula dijual oleh London Rubber Company, lebih dikenali sebagai Durex, pada tahun 1932.

Walau bagaimanapun, sebelum penggunaan lateks, banyak bahan material berbeza seperti usus haiwan atau sutera digunakan. Kulit juga digunakan dalam penghasilan kondom di Jepun.

5. Kondom ada berapa jenis?

Image via iamajamaican.net

Terdapat beberapa jenis kondom:

  • Kondom biasa – mempunyai saiz biasa dan boleh digunakan oleh setiap individu. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh memberikan keselesaan yang sama seperti penggunaan kondom yang lebih besar atau kecil.
  • Kondom kecil – direka untuk zakar yang lebih pendek atau kecil. Kondom jenis ini memberikan rasa yang lebih baik dan mengurangkan risiko kondom dari tertanggal ketika digunakan.
  • Kondom besar – merupakan kondom yang besar daripada yang biasa dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Ia juga direka untuk memberikan lebih keselesaan.
  • Kondom menyeronokkan – yang ditambah warna, perisa dan bersinar dalam gelap, untuk menjadi hubungan seksual lebih menarik. Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh menyebabkan alahan kepada individu lelaki mahupun wanita.
  • Kondom nipis – lebih nipis daripada kondom biasa untuk memberikan lebih sensitiviti kepada pengguna dan pasangan.

6. Adakah kondom hanya untuk lelaki?

Image via newsbytesapp.com

Selain kondom untuk lelaki, yang digunakan secara meluas, terdapat juga kondom untuk wanita. Ia adalah kantung dan mempunyai cincin fleksibel di setiap hujungnya. Kondom untuk wanita digunakan dengan cara memasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan seksual.

Ketika hubungan seksual dilakukan, cincin terbuka pada bahagian luar faraj dan cincin pada bahagian hujung akan memegang kantung di dalam faraj. Dengan menghalang sperma daripada memasuki faraj, ia sekali gus menolak kemungkinan kehamilan untuk berlaku.

7. Di mana tempat yang sesuai untuk menyimpan kondom?

Ramai lelaki menyimpan kondom di dalam dompet atau poket seluar dan ia mungkin menjejaskan kualiti kondom. Kondom perlu disimpan di tempat yang kering sejuk. Selain itu, tarikh luput kondom juga harus sentiasa diperiksa sebelum digunakan. Kondom yang telah tamat tempoh tidak dapat mencegah kehamilan dengan berkesan.

8. Bagaimana cara menguji kondom?

Image via bu.edu

Setiap individu yang ingin menggunakan kondom tidak seharusnya menunggu masa untuk melakukan hubungan seksual untuk menggunakan kondom. Lelaki seharusnya menguji kondom dengan melancap. Alasannya adalah untuk memastikan ia adalah saiz yang sesuai.Terlalu tebal atau terlalu besar boleh mendatangkan kesan negatif kepada lelaki.

Selain itu, sesetengah individu lelaki mungkin akan mengalami alahan dengan material kondom. Oleh itu, melakukan pemeriksaan dan ujian adalah amat penting.

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh SAYS atas keizinan.

Image via Hello Doktor / Facebook

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook  

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi artikel daripada Hello Doktor DI SINI:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment