Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

9 Tempat Misteri Paling 'Keras' Di Malaysia Yang Anda Patut Tahu. Sumpah Meremang!

Naik bulu roma.

Cover image via Hantu Dunia Tours 4 Fun Flickr

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Malaysia dikenali dengan pelbagai tempat menarik yang sering dijadikan tumpuan pelancong mahupun rakyat tempatan

Image via GIPHY

Begitu juga dengan pelbagai kisah seram sesetengah kawasan yang kita sering anggap tiada apa berlaku. Namun, tempat-tempat ini telah menjadi misteri yang paling menakutkan di Malaysia. Sudah pasti ada yang pernah anda terbaca kisahnya, ada juga yang belum anda ketahui bukan? Jom kita terokai alam yang menyeramkan ini!

1. Banglo Mona Fendi, Shah Alam

Image via Facebook

Banglo tersebut pernah didiami oleh seorang artis tanah air yang kemudiannya juga merupakan seorang bomoh. Beliau dan suaminya terlibat dalam satu kes pembunuhan yang menggemparkan dunia pada ketika itu.

Menurut Abdul Hadi, walaupun kes pembunuhan ngeri itu telah menjadi sejarah, suasana di kampung tersebut mengalami perubahan mendadak selepas setahun kemudian.

“Dulu kami tidak kisah hendak keluar malam untuk ke mana-mana tanpa ada halangan dan kenderaan pun banyak yang keluar masuk walaupun hari telah gelap. Sekarang senario begitu sudah tidak wujud lagi malah sebelum pukul 5 petang lagi, kampung ini sudah sunyi sepi dan anak-anak pun tak dibenarkan bermain di luar rumah" katanya.

Selebriti dan usahawan terkenal Neelofa telah mendedahkan dirinya pernah berjiran dengan Mona Fendi pada suatu ketika dahulu.

2. Villa Nabila, Johor Bahru

Image via Kosmo

Villa Nabila merupakan satu kawasan yang terbiar sejak dulu lagi. Ia menjadi popular dan dikenali apabila viral kisah seorang kanak-kanak yang hilang setelah masuk ke rumah yang berada di Johor Bahru itu. 

Sehingga satu ketika dulu, Villa Nabila menjadi fenomena dan kisahnya dijadikan satu filem dokumentari pada tahun 2015. Filem tersebut mengisahkan sekumpulan pelajar yang hilang dan juga proses kontraktor yang cuba merobohkan rumah itu tetapi gagal. 

3. Bukit Tunku, Kuala Lumpur

Image via Wanista

Kawasan ini berada di bukit tinggi di Kuala Lumpur, dipenuhi dengan hutan, kondo dan mempunyai suasana yang nyaman. Namun begitu, ramai yang akan rasa meremang bila masuk jalan yang bersimpang siur di situ terutamanya pada waktu malam. 

Pernah tular video klip dashcam yang memparkan kelibat seram semasa pemandu memandu di jalan Bukit Tunku. Bukan setakat itu, seorang gadis juga pernah meneroka rumah banglo yang terbiar di situ sehingga dia sendiri diserang oleh makhluk halus.

4. Rumah ADO Menumbuk, Sabah

Image via Facebook

Kawasan rumah ini dikatakan paling keras kerana tidak pernah ada satu orang pun yang akan tinggal lebih dari 1 minggu di dalam rumah tersebut.

Rumah tersebut terus dibiarkan begitu saja. Pelbagai gangguan berlaku di rumah tersebut sehinggakan penghuni dipindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

5. First World Hotel, Genting Highland

Image via Virtual Globe

Hotel ini dikenali dengan hotel terbesar kerana mempunyai lebih 6000 jumlah bilik disini. Katanya, ramai pengunjung yang melihat kelibat aneh di depan mata mereka semasa menginap di situ. Malah, ada juga yang berkata bahawa pihak hotel siap mengosongkan bilik kerana tidak membenarkan pengunjung untuk menginap kerana takut berlaku perkara yang tidak diingini. 

6. Mimaland, Gombak

Image via Kaskus

Mimaland merupakan sebuah tempat hiburan yang berada di Gombak, Selangor. Mimaland merupakan singkatan dari Malaysia in Miniature Land. Taman tema air ini dibuka pada tahun 1971. Namun sayangnya, kemegahan waterpark ini terkandas kerana sebuah insiden tanah runtuh pada tahun 1994.

Sebelum itu juga terjadi insiden kematian seorang warganegara SIngapura semasa menaiki papan luncur air gergasi. Mimaland menutup kawasan tersebut sementara waktu untuk kerja-kerja pembaikan. Baca lebih lanjut di sini.

7. Bukit Hantu, Pulau Pinang

Image via Okezone

Pada asalnya, tempat ini merupakan kubu pertahanan di Pulau Pinang.  Namun kubu ini menjadi milik Jepun semasa Perang Dunia kedua. Di sinilah tempat mereka melaksanakan hukuman pancung dan seksaan tentera dan mangsa. Oleh sebab itu, tempat ini dikatakan keras kerana roh-roh yang sering mengganggu. 

8. Empangan Semenyih

Image via Mapio

Empangan Semenyih mempunyai suasana yang sunyi sepanjang jalan dan terdapat tasik selepas anda masuk ke sebuah lorong untuk ke empangan Semenyih. Kebanyakan orang datang ke sini untuk memancing.

Jangan pernah anda pergi ke tempat itu berseorangan kerana tempat itu memang keras. Ada sekumpulan pemancing pernah mengalami benda yang pelik seperti payung terbang secara tiba-tiba walaupun tiada angin. Tempat ini juga merupakan hotspot kes jenayah pada tengah malam. 

9. Balai Polis Gombak

Image via Nida Zahar Channel

Bangunan ini terletak di jalan antara Bentong dan Karak Lama. Bangunan ini agak tersorok kerana persekitaran hutan yang tebal. Halamannya tampak usang seakan ada yang 'menjaga'. Pelbagai kisah misteri didengari, antaranya terdapat kelibat atau entiti yang menampakkan dirinya kepada pada malam-malam tertentu.

Baca pun seram apatah lagi nak pergi, meremang bulu roma woi!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment