seismik

Tak Sangka, Rupanya Ini 5 Jenama Malaysia Popular Yang Ramai Orang Ingat Brand Luar Negara

Baru tahu!

Cover image via Alamanda Shopping Centre & Lazada

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang mempunyai taste mereka sendiri dalam memilih jenama kesukaan betul tak?

Tidak kisahlah dari segi pakaian, barangan ataupun makanan. Setiap orang mempunyai cita rasa sendiri. Kita tidak boleh mempertikaikannya.

Mungkin kerana jenama yang mereka pilih itu bersesuaian dengan mereka atau mungkin juga kerana kualiti barangannya yang sangat berpuas hati.

Namun, tahukah anda sebenarnya ada beberapa jenama daripada Malaysia yang orang ingatkan ianya adalah jenama luar negara? Seperti yang dikongsi oleh seorang wanita di laman Twitternya ini. Jom kita lihat!

Berikut merupakan antara 5 jenama Malaysia yang orang sangkakan jenama luar negara:

1. Life

Sos cili yang selalu kita makan dekat KFC ni adalah local brand tau. Established semenjak tahun 1978 dan telah mengeluarkan lebih daripada 26 juta botol setahun!

Selain Malaysia, sos ini dieksport ke Amerika, United Kingdom, France, Australia, New Zealand, Japan, Hong Kong, Mauritius, Maldives, dan banyak lagi.

Antara fakta menarik mengenai Life ini, 40% of the total production adalah untuk KFC & Pizza Hut saja.

Sekarang, Life dah di bawah QSR Brand. QSR ini adalah parent company KFC, Pizza Hut dan beberapa jenama lain di Malaysia.

2. Munchy's

Jenama ini pun orang selalu ingat dari luar negara. Kalau tanya orang kat luar, macam-macam jawapan akan sebut.

Tapi tahukah anda HQ dia dekat mana? Ianya berada di Chisel Stone, Batu Pahat. Selain Malaysia, Munchy's telah dieksport ke lebih 60 negara.

Maksudnya, hampir suku dunia sekarang ada Munchy's. Senang betul lepas ini nak cari biskut kering kalau pergi luar negara.

3. OldTown White Coffee

Image via Capitaland

OldTown White Coffee telah diinspirasikan daripada Ipoh White Coffee. Selain Malaysia, jenama OldTown White Coffee kini terdapat di beberapa buah negara seperti Phillippines, Taiwan, Hong Kong, Shenzhen, Shanghai, Beijing, UK, Canada, USA, Australia, New Zealand dan banyak lagi.

Tapi tahun 2017, Old Town telah diambil alih oleh Jacobs Douwe Egberts iaitu syarikat dari Belanda.

4. Beryl's

Bagi anda yang menggemari coklat pasti tahu dengan jenama ini. Tidak dinafikan coklat yang mereka hasilkan memang sedap sekali. Lebih mengejutkan ia merupakan jenama daripada Malaysia!

Kilang coklat ini terletak di Seri Kembangan dan mereka juga membuka peluang untuk umum mengadakan lawatan.

5. Secret Recipe

Image via Secret Recipe

Secret Recipe memang tidak asing lagi dengan keenakan kek mereka. Kalau mahu sambut birthday saja mesti teringat kek daripada Secret Recipe betul tak?

Restoran ini mula dibuka pada tahun 1997 di Petaling Jaya. Kini mereka sudah mempunyai cawangan di luar negara seperti di Singapura, Indonesia, Thailand, China, Brunei, Kemboja, Myanmar dan Maldives.

Sebenarnya banyak lagi jenama Malaysia yang dikenali di persada dunia. Bangga rasa! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: