Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tak Semua Kedai Khairul Aming Review 'Sustain' Lepas Viral, Kadang Bisnes Boleh Melingkup

100% setuju dengan Khairul Aming.

Cover image via @khairulamingfans_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Khairul Aming beri peringatan kepada peniaga yang mahu perniagaan mereka dipromosikan olehnya betul-betul mempunyai persediaan lengkap

Menerusi sebuah video perkongsian @khairulamingfans di TikTok, Khairul Aming menceritakan situasi bagaimana sesebuah kedai makan yang mahu perniagaan mereka dipromosikan olehnya di media sosial.

KA menasihati para peniaga perlu bersedia secukupnya sekiranya mahu perniagaan mereka itu dipromosikan.

"Kadang-kadang ada business yang elok dia berniaga, tapi disebabkan influencer pergi viralkan tanpa bagi salam, dia jatuh lingkup.


"Dia punya kualiti jatuh, owner jadi stres, anak-beranak jadi bergaduh, tidur tak cukup, so jangan assume viral itu bagus, viral pun ada masalah dia juga sebenarnya," ujarnya.

Image via @khairulamingfans_

Berharap peniaga tidak terburu-buru mahu viralkan perniagaan

Khairul Aming memberi contoh yang jelas bagaimana sesebuah perniagaan itu nampak belum bersedia untuk menerima kesan selepas perniagaan tular.

"Contoh saya pergi kedai makan, owner minta review, saya akan tanya balik peniaga itu ada persediaan yang lengkap atau tak.

"Sebab bila saya promote, kedainya perlu atleast ada 20 orang staf untuk manage sebab nanti orang akan datang berduyun-duyun.

"Bila orang datang, owner pula tak prepare sebaiknya, sekali tengok orang datang mengamuk, dapat bad reviews, rating kedai jatuh, sebab itu apa-apa saya nak tolong jual, saya akan jumpa owner dulu," jelasnya.

Tonton video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment