"Abam JPJ Saman Adek Wani" - Gara-Gara Jadikan No. Plat Kereta Seakan-Akan Nama Sendiri
Tak boleh belah caption JPJ tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita dikenakan kompaun oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) setelah dia didapati membuat nombor plat menjadi namanya
Menerusi sebuah hantaran daripada JPJ Negeri Kedah, pasukan JPJ telah menahan sebuah kereta jenis Honda City yang didapati menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi.
Nombor pendaftaran yang digunakan dilihat disusun untuk menampakkan seperti nama wanita berkenaan.
Pemandu wanita yang juga merupakan pemilik kenderaan tersebut mengakui bahawa nombor pendaftaran itu adalah hadiah daripada suaminya.
Kesalahan tersebut boleh dikenakan kompaun sehingga RM300
Menurut Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, “Jika mana mana orang yang menggunakan kenderaan bermotor yang padanya nombor pendaftaran atau dalam hal kenderaan sewa atau teksi, plat pengenalan tidak dipamerkan mengikut kaedah ini atau jika id dipamerkan dalam apa apa cara yang kabur, atau dibiarkan atau dibenarkan menjadi atau kekal tidak mudah untuk dilihat dengan jelas atau tidak ditunjukkan sebagaimana yang ditetapkan dalam kaedah ini maka ia didapati bersalah bagi suatu kesalahan” dan boleh dikompaun tidak lebih tiga ratus ringgit.
Anggota penguatkuasa telah mengeluarkan notis JPJ (P)22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah seksyen 61(1) APJ 1987.
JPJ Negeri Kedah telah menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!