George Town Kini Bandar No. 1 Trafik Paling Sesak Di Malaysia - "KL Pun Tak Sampai Top 3"
Ingatkan KL trafik paling teruk kat Malaysia ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menerusi statistik yang disiarkan TomTom Traffic Index bandar di Pulau Pinang baru-baru ini menunjukkan negeri itu mempunyai trafik yang paling sesak di Malaysia bagi tahun 2024
George Town mencatatkan tahap trafik tertinggi dengan purata pemanduan selama 27 minit untuk setiap 10 kilometer.
Dalam ranking global, ibu negeri Pulau Pinang itu menduduki tempat ke-73 bagi kategori trafik tersesak di seluruh dunia.
Bandar Kota Bharu, Kelantan berada di kedudukan yang kedua
Apa yang mengejutkan, kedudukan kedua bagi pusat bandar yang tersesak di Malaysia bagi tahun 2024 bukanlah Kuala Lumpur tetapi Kota Bharu.
Dengan purata masa perjalanan 23 minit untuk setiap 10 kilometer, meletakkan ibu negeri Kelantan tersebut selepas George Town untuk trafik paling sesak.
Statistik itu juga meletakkan Kota Bharu berada di kedudukan ke-139 di dunia mempunyai trafik paling sesak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!